HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 November 2021

DAP, Amanah mungkin pertimbang singkir Anwar sebagai Ketua Pembangkang?

 

Susulan kekalahan memalukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, spekulasi semakin bertiup kuat berkemungkinan DAP dan Amanah akan menimbang untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menggepalai Pakatan Harapan (PH).

Sekiranya Anwar dibiarkan terus mengetuai blok pembangkang itu, keputusan lebih teruk akan dihadapi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan sudah sampai masanya untuk rakan parti itu membuat semakan realiti terhadap Anwar.

Sumber memberitahu terdapat pemimpin dalam DAP dan Amanah yang sudah resah melihat keputusan PRN Melaka, ia menandakan isyarat penolakan yang kuat terhadap mereka dan membuktikan Anwar sudah gagal serta tidak lagi relevan dikalangan rakyat.

“Jika Anwar masih kekal dan terus mengetuai pembangkang, berkemungkinan keputusan teruk dan hina akan diperoleh mereka selepas ini.

“Keputusan di Melaka adalah gambaran jelas mengapa Anwar perlu ditendang dengan segera,” kata sumber itu.

Malah, tindak-tanduk Anwar sebelum ini yang berkomplot dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga menyebabkan parti itu kembali menjadi dominan di Putrajaya selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dijatuhkan memberi banyak implikasi buruk kepada DAP dan Amanah.

DAP dan Amanah kehilangan banyak kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini pada PRN Melaka kali ini, sementara PKR pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Sekiranya masih berada di bawah ketiak Anwar, kemungkinan peluang DAP dan Amanah untuk menang dalam pilihan raya umum nanti akan malap.

Persepsi rakyat terhadap blok pembangkang semakin terhakis sekiranya terbukti wujud kerjasama yang digerakkan Anwar melibatkan pemimpin UMNO daripada Kluster Mahkamah.

Anwar dan Zahid mungkin boleh bersumpah laknat di Makkah sekali pun, namun defisit kepercayaan rakyat adalah masalah utama yang mereka berdua sedang hadapi.

Secara jelas, isyarat yang ditunjukkan pengundi di Melaka adalah gambaran yang bakal berlaku pada PRU-15 nanti.

Yang pastinya, Anwar juga adalah punca mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali kuat kerana memberi nyawa kepada kumpulan Kluster Mahkamah sehingga menjadi dominan semula.

Apakah Anwar masih mahu menafikan fakta dan memutarbelit cerita dengan menafikan dirinya adalah punca kepada segala kemelut politik dalam negara sehingga membawa mudarat kepada rakyat.

Bagaimanapun, Anwar pasti tidak mahu mengalah memandangkan sudah dinaik taraf setara dengan jawatan seorang Menteri selepas blok pembangkang, PH menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan sebelum ini.

Jawatan tersebut terlalu sayang untuk dilepaskan Anwar kerana keistimewaan dan elaun yang diberikan adalah sangat lumayan.

Namun, rakyat sudah mampu menilai siapa Anwar sebenarnya yang menjadi punca kekecohan dan kekalutan politik dalam negara tidak ada kesudahan.

Tiada ulasan: