HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 November 2021

Dari pentas seni, Dira jadi calon BN

MGF27032021_MESYUARAT-MT-UMNO2
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dira Abu Zahar.

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon dan pengacara, Datuk Dira Abu Zahar menyertai senarai selebriti yang bertanding pada pilihan raya apabila menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Dira atau atau nama nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar, 37, akan menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di bawah Parlimen Jasin.

Ketika ini, Dira merupakan Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO, selain Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin.

Sebelum aktif dalam bidang politik, Dira merupakan pelakon dan pengarah yang dikenali ramai.

Beliau menyertai Pergerakan Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exco pada tahun 2015.

Tiada ulasan: