MGF20112021_MAS-ERMIEYATI-UNDI-2
Calon PN N.02 Tanjung Bidara yang merupakan calon Ketua Menteri, Datuk Seri Mas Ermieyati beramah mesra selepas membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di SK Ramuan China Besar, Melaka. Foto MOHD ADZLAN,

AYER KEROH – Kekalahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin keatas Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara mendapat perhatian veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir dengan nada sinis melahirkan rasa kasihan kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah itu yang antara bekas pemimpin UMNO pertama melompat parti.