MALAYSIA POST
JIKA DAP menyenaraikan calon berusia 25 tahun, PKR pula bakal menampilkan calon wanita berusia 21 tahun, iaitu termuda mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Nama bakal calon tersebut, Farzana Hayani Mohd Nasir diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pengumuman calon PKR bagi PRN Melaka secara maya sebentar tadi.

Farzana Hayani yang juga Ketua Srikandi Keadilan Melaka diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.
Beliau adalah mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam serta memiliki Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari UiTM Kampus Rembau pada tahun lalu.
Semalam DAP mengumumkan Muhamad Danish Zainudin yang berusia 25 tahun sebagai calon PH bagi kerusi DUN Pengkalan Batu. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan