MGF18112021_UMUM-CALON-KM-PN01
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media bagi mengumumkan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Ibu Pejabat PN, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL,

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dan tidak kisah sekiranya gabungan parti itu masih lagi digelar underdog.

Beliau berkata, kemenangan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada tahun lalu menjadi bukti gabungan tersebut tidak boleh dipandang sebelah mata.