HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 November 2021

Pemuda PH Pahang jelajah ke Melaka jumpa calon PRN

MALAYSIA POST

Pemuda PH Pahang jelajah ke Melaka jumpa calon PRN

PEMUDA Pakatan Harapan (PH) Pahang merentas negeri ke Melaka sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Program Jelajah Pemuda PH Pahang itu bertemu dengan beberapa calon PRN Melaka melibatkan Pemuda PH, kongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman menerusi Facebooknya.

“Jelajah dimulakan dengan menziarah Sdr Danish Zainudin (PH-DAP) yang akan bertanding di kerusi N15 DUN Pengkalan Batu.

“Selepas itu jelajah bergerak ke Bilik Gerakan Utama N26 DUN Serkam untuk bertemu dengan calon Sdr Mohd Khoemini Kamal (PH – Amanah).

“Jelajah diakhiri di Bilik Gerakan Utama N25 DUN Rim untuk bertemu dengan calon Sdr Prasanth Kumar Brakasam (PH – Keadilan),” menurut hantaran tersebut.

Young Syefura berkata, Pemuda PH Pahang turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon Pemuda PH dan berharap akan meraih kemenangan opada PRN 20 November ini. – Malaysiapost

Tiada ulasan: