HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 November 2021

Perebutan jawatan ketua menteri selepas PRN Melaka

  Dato' Saiful Bahar

1. Rakyat Negeri Melaka telah memilih Barisan Nasional. Dengan kemenangan bergaya 2/3. BN Menang 21 kerusi. PH menang 5. PN menang 2.

2. Kemenangan selesa ini di sambut dengan Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Ali pagi tadi jam 1 di hadapan Tun Ali, Presiden UMNO, Pengarah Pilihanraya BN dan Perdana Menteri.

3. Agak menghairankan kenapa perlu buat majlis angkat sumpah jam 1 pagi ? Dengan majoriti 2/3, adalah amat sukar untuk mana-mana ADUN hendak melompat lagi. Majlis yang sepatutnya di adakan pada jam 3 petang, hari Ahad, di buat pagi-pagi.

4. Kecualilah, ada Calun lain juga berhajat untuk jadi Ketua Menteri Melaka. Oleh yang demikian, Sulaiman perlu segera angkat sumpah takut tak sempat dapat.

5. Pilihanraya Negeri Melaka memperlihatkan kemenangan cemerlang Barisan Nasional di atas beberapa faktor :

(i). Jumlah Peratus Pengundi Keluar sedikit iaitu 65.8% peratus berbanding dengan 85% paratus pada PRU ke 14.

Apabila Peratus Pengundi Keluar Rendah, pengundi-pengundi atas pagar tidak keluar mengundi PH atau PN.

Yang keluar mengundi ialah Pengundi-Pengundi setia UMNO dan Barisan Nasional.

Negeri Melaka merupakan kubu kuat UMNO selama ini. Ini jelas terbukti sekali lagi pada PRN Melaka ini.

(ii). Walaupun MCA menang 2 kerusi dan MIC menang 1 kerusi.

Ini tidak beri petanda bahawa sokongan bangsa Cina sudah kembali kpd. MCA.

Sebenarnya PH hanya kalah 1 sahaja kerusi Majority Cina iaitu di Machap Jaya kpd. MCA. Itu pun Calon PH adalah dari PKR.

Pengundi-pengundi Cina/DAP telah menolak Calon PKR ini. Berkemungkinan tanda protest tidak puas hati Anwar Ibrahim menerima 2 bekas ADUN UMNO bertanding atas tiket Pakatan Harapan iaitu Idris Haron.

Kerusi-kerusi yang lain adalah kerusi campuran bukan kerusi majoriti bangsa Cina.

Sebagai contoh, kemenangan Calon MIC di Gadek mengalahkan Calon DAP (PH). Di Gadek adalah kerusi majoriti Melayu dengan pengundi Melayu = 61%. Cina = 22%. India = 16%.

Sebelum ini pada PRU 14, DUN Gadek di menangi oleh DAP kerana undi Melayu berpecah. Dan undi Non-Melayu solid pada 38% peratus combine.

DAP juga kalah di DUN Duyong. Ini juga merupakan kerusi majoriti Melayu iaitu Pengundi Melayu = 61%. Cina = 33%. India = 4%.

Di kerusi-kerusi majoriti Cina, masih menjadi kubu kuat DAP.

DAP menang bergaya di DUN Kesidang dengan majoriti = 10,237 undi.

Menang di Kota Laksamana = 11,494.

Menang di Bandar Hilir = 7,778 undi.

DAP menang di Ayer Keroh = 5,624 undi.

(iii). PRN Melaka memperlihatkan kekalahan teruk parti PKR dan Anwar Ibrahim, yang kalah semua kerusi yang di tandingi.

Di Machap Jaya pun PKR kalah kepada Calon MCA walaupun itu merupakan kawasan kerusi majoriti Cina.

(iv). PRN Melaka juga mempelihatkan bahawa Negeri Melaka bukan Kubu Kuat PAS. PAS tidak mempunyai penyokong-penyokong yang ramai di Melaka.

Yang ada pun, sudah berhijrah mengikut Mat Sabu dan Adly di Melaka.

Kekuatan PAS tidak sama seperti di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

PAS gagal menang sebarang kerusi.

(v). Manakala Perikatan Nasional pula melalui Parti BERSATU berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN Melaka iaitu di DUN Sg. Udang dan DUN Bemban. Kedua-dua Calon PN adalah Doktor Perubatan dan anak muda.

Pilihanraya Negeri Melaka memperlihatkan BERSATU berjaya memperbaiki kedudukan mereka menjadi pesaing paling rapat kepada Barisan Nasional.

PN masih merupakan satu Gabungan Parti yang baru. Baru 2 tahun berbanding dengan BN yang telah di bentuk 48 tahun yang lalu, pada tahun 1973.

BERSATU juga kelihatan akan menjadikan pengalaman di Melaka ini sebagai asas kepada Pilihanraya-Pilihanraya yang lain pada masa akan datang.

Paling terdekat ialah Pilihanraya Umum Negeri Sarawak.

Sebagai contoh di DUN Pantai Kundor, keputusan PRN Melaka ;

*TUMINAH KADI (UMNO/BN) :*
3,960 undi

*MOHAMAD RIDZWAN (BERSATU/PN) :*
3,133 undi.

*DATUK NOR AZMAN (AMANAH/PH) :*
2,799 undi.

*BN MENANG MAJORITI :* 827 undi.

Tetapi kombinasi kedua-dua undi PN dan PH, jumlah undi mereka perolehi ialah 5,900 undi iaitu jauh daripada yang di perolehi oleh Calon UMNO.

Bermakna, pepecahan undi PN dan PH di kawasan ini, menguntungkan Barisan Nasional.

Terdapat banyak kawasan DUN seumpama ini, pepecahan undi antara PH dan PN, menguntungkan UMNO dan BN.

Ini amat berbeza dengan PRU ke 14, pepecahan undi antara UMNO/BN dengan PAS, telah menguntungkan Pakatan Harapan ketika itu.

(vi). Kemenangan Barisan Nasional di Negeri Melaka pula membuktikan pengundi-pengundi luar bandar dan orang-orang lama masih bersama Barisan Nasional.

BN masih mempunyai penyokong tegar di Negeri Melaka.

Walaupun di landa Pandemik Covid, pengundi-pengundi BN tetap keluar mengundi Calon-Calon mereka.

Walaupun ada beberapa kerusi BN menang dengan tipis seperti di DUN Tg. Bidara dengan 364 undi sahaja. Kemenangan tetap satu kemenangan.

Sesungguhnya kemenangan BN di Negeri Melaka boleh di jadikan batu lonjatan di Pilihanraya-Pilihanraya akan datang.

6. Seperkara lagi yang nyata, SOP yang ketat oleh Kerajaan menguntungkan BN tetapi merugikan PH dan PN.

Kempen-kempen tanpa ceramah dan bersemuka tidak effective. Kempen-kempen melalui Social Media juga kurang effective kepada pengundi-pengundi luar bandar.

7. Ini perlu di fikirkan semula. Apa pun, Tahniah dan Syabas Barisan Nasional.

Kita tunggu Pilihanraya Umum Negeri Sarawak pula.

(*) DATO’ SAIFUL BAHAR  merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013).

Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah berkhidmat dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Kementerian terakhir berkhidmat, di Kementerian Alam Sekitar dan Air (2020 hingga 2021).

Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan.

Tiada ulasan: