HARAKAH DAILY
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan untuk
menilai keupayaan parti-parti yang akan bertanding nanti. Bagi PAS,
pertandingan satu lawan satu antara parti-parti yang berada dalam
kerajaan negeri dengan pembangkang akan membuka peluang untuk mencapai
kemenangan yang lebih besar. Ikuti pandangan Pesuruhjaya PAS Negeri
Melaka, DATUK KAMARUDIN SIDEK dalam temubual ringkas bersama wartawan Harakahdaily, SYAHIRAH SALLEH di Markas PAS Kawasan Masjid Tanah, Sabtu lalu.
HARAKAHDAILY: Apa persediaan PAS Melaka untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri kali ini?
DATUK KAMARUDIN:
Pertama apabila berlaku pembubaran DUN Melaka, jadi kita telah
mengarahkan pertamanya ialah buka semua bilik gerakan kita dan juga
susun semula jentera di peringkat JPRD.
Cuma, situasi sekarang
ini, dari sudut persiapan jentera, kita dah ada, stuktur organisasi kita
sudah ada. Begitu juga apabila jawatankuasa induk sudah mula
mengarahkan wujudkan jawatankuasa operasi pun sudah beroperasi di Melaka
yang diketuai oleh Dr Wan Nik. Cuma kita peringkat akhir sekarang ini
adalah proses pencalonan, calon dan kerusi. Seperti mana semua maklum,
yang rumit sekarang adalah masalah kerusilah. Sebab kita hendak pergi
kepada dua penjuru bersama Umno dan juga Bersatu, perkara ini dia
bergantung kepada keputusan PAS Pusat.
Yang kedua, isu masalah
menggunakan logo dalam pilihan raya, difahamkan esok (semalam) Majlis
Syura akan bermesyuarat untuk menentukan penggunaan logo sama ada logo
Perikatan Nasional atau logo bulan. Jadi satu dua perkara begni kita
cuma tunggu arahan daripada PAS Pusat sahaja.
Saya jangkakan
benda ini dalam dua, tiga hari akan selesai, sebab kita nak dekat hampir
kepada penamaan calon. sebab kita nak cetak risalah atau pamplet
tentang calon pun tak boleh. Sebab kadang-kadang kerusi kita, kita tak
tahu. Lain-lain tak dak apalah.
Dari segi PAS Melaka sendiri, macam mana kesediaan mengatur gerak kerja bersama MN dan PN?
Oleh kerana PAS terbabit dengan kedua-dua parti, MN dan PN, benda ini masih diteruskan. Setakat ini program bersama PN, iaitu rakan Bersatu, kita masih laksanakan dan ada beberapa program bersama.
Hakikatnya PAS terbuka, hatta hari ini saya sendiri offer kepada Umno kalau mereka ada buat program bersama atas nama MN dijemput PAS, saya akan hadirlah, kita akan hadir. Tak ada isulah di Melaka kata PAS berat kepada Bersatu atau PAS lebih cenderung kepada Umno, MN itu tak ada isulah. Sebab kita di negeri ini badan pelaksana sahaja apa yang didasarkan oleh PAS Pusat.
Bagaimana dari segi reaksi peringkat akar umbi berhubung dengan MN atau PN?
Dia tengok sesetengah kawasan atau DUN, sebab ada kawasan dan DUN itu mereka lebih cenderung kepada MN, ada setengah DUN pula dia cenderung kepada PN. Just tengok, sebenarnya bagaimana komunikasi antara PAS dan rakan dia di kawasan-kawasan tertentu.
Harapan Dato’ selaku Pesuruhjaya PAS Melaka, dari segi gabungan penglibatan PAS dengan MN, dengan MN dari segi gerak kerja, yang penting hendak memenangi PRN.
Bagi saya, jalan yang terbaik PRN di Melaka ini ialah satu lawan satu, iaitu berlaku perbincangan antara tiga buah parti, dia tak dapat tidak. Sebab kalau kata PAS bersama dengan PN sahaja, dia akan pincang dan kita pun tak boleh letak satu sasaran, kita boleh bentuk kerajaan dengan sendiri.
Begitu juga jika PAS bersama dengan Umno sahaja, kalau boleh menang pun, tetapi mungkin dalam keadaan yang tipis. Bila majoriti yang begitu tipis, ia akan beraku lompat parti dan sebagainya. Jadi jalan yang terbaik, kita harapkan sepertimana semua parti parti ini mengharapkan satu lawan satu.
Bermakna ada perbincangan secara muhibahlah, tetapi mengikut kemampuan dan strengh, kekuatan parti masing-masing. Macam kita PAS, negeri selatan ini kita tak boleh samakan macam negeri Pantai Timur.
Jadi, kita PAS pun sedar jugaklah tentang kekuatan yang kita ada dan PAS sebenarnya apa yang dihasratkan oleh Tuan Guru Presiden juga supaya dijadikan sebagai tapak peringkat awal. Tapak untuk PAS ada menang beberapa kerusi, itu sahaja.
Berdasarkan pada PRU lalu, PAS pernah menang pada wakil tunggal di Bukit Baru, jadi harapan pada pilihan raya kali ini?
Dulu pada waktu kita menang pada zaman Pakaran Rakyat. Waktu itu kita boleh katakan gelombang untuk menang itu ada. Jadi, apabila kita tak ada dalam Pakatan Rakyat, jadi pola politik ini akan berubah di Melaka. Jadi dengan sebab itu, agak sukar pada pada Pilihan Raya lepas untuk kita pertahankan DUN Bukit Katil itu, dulu Bukit Baru.
So, dengan sebab kita kembali kepada permuafakatan antara PN dan MN ini. Ia lebih kepada Melayu. Sebab kita lebih sasarkan kawasan-kawasan yang agak majoriti Melayu itu kena tinggi.
Saya optimis apabila berlaku satu lawan satu, antara gabungan PAS, Bersatu dan juga Umno, daripada 28 kerusi yang ada di Melaka ini, kita boleh sekurang-kurangnya 21 kerusi. Silap-silap mungkin boleh pergi kepada 23 kerusi. Tapi syarat penggabungan itu berlakulah. Makna satu lawan satu itu kita lebih untunglah untuk politik Melayu Islam di Melaka. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan