Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan kewujudan kartel yang dikuasai tauke-tauke besar dalam anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.
“Saya nak berterus-teranglah, di GLC nampak ada yang jadi kartel. 10 sebut harga (projek) masuk, sembilan dia (kartel) punya.
“Ini bukan berlaku di negeri sahaja, di Federal pun berlaku. Di semua tempat, sudah ada kartel-kartel yang begitu mencengkam, di agensi-agnesi atau tempat di mana duit dijana,” katanya.
Menjawab soalah tambah Datuk Johari Abdul (PH-Gurun) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Alor Setar hari ini, beliau berkata kartel-kartel itu semakin mencekam dan menguasai kebanyakan projek GLC di peringkat negeri dan Pusat.
Sehubungan itu, katanya beliau sedang meneliti dan mencari jalan untuk membanteras karte-kartel terbabit.
“Saya sedang teliti perkara ini dan mencari langkah bagaimana nak membanteras kartel-kartel yang dikuasai tauke-tauke besar ini,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, GLC ditubuhkan oleh kerajaan untuk memperoleh projek kerajaan dan membantu kontraktor kecil di bawah Konsep Payung.
“Saya fikir perkara-perkara seperti ini perlu diberi pertimbangan semula.
“Kalau GLC tidak mampu lagi melaksanakan konsep Payung membangunkan kontraktor kecil yang kita hasratkan, saya kira elok cukup setakat itu sahajalah.
“Insya-Allah perkara ini akan diberikan perhatian. Saya harap sahabat-sahabat saya di GLC turut mengamalkan konsep bersyukur dan sabar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan