MGF21112021_RAIS-YASIN-JUMPA-PENGUNDI_04
ADUN Paya Rumput baharu, Datuk Rais Yasin (tengah) menyantuni pengundi sebagai tanda terima kasih selepas memenangi kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka N.13 Paya Rumput di kediamannya di Paya Rumput Indah, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL

PAYA RUMPUT – Tiada istilah giant killer bagi calon kurang dikenali yang berjaya menewaskan calon heavyweight dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput yang baharu, Datuk Rais Yasin berkata, kejayaan itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan meskipun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu itu berjaya menewaskan pemimpin utama PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.