MALAYSIA POST
UMNO menghormati ketetapan kepimpinan Pas untuk bersama Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, maka dengan itu Umno berharap pemimpin Pas juga menghormati ketetapan parti itu tidak bersama dengan Bersatu.
“Sesungguhnya Umno tidak pernah berhasrat mendesak atau mengugut Pas supaya tidak bersama Bersatu.
“Setiap parti politik ada dasar serta perancangan tersendiri dan bebas merencanakannya.
“Bagi Umno setiap dasar dan perencanaan politiknya tidak pernah tersasar dari landasan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Ahmad Zahid berkata, benar beberapa hari lalu Umno membangkitkan tentang ketetapan yang pernah dibuat oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN).
“Iaitu keputusan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional pada mesyuarat 19 Oktober dan 18 November 2020.
“Perkara itu diungkapkan semula dalam agenda meneruskan persefahaman bersama Pas bagi berdepan PRN Melaka.
“Walaupun Umno sedari awal telah bersedia untuk mengharungi PRN Melaka dengan keadaan apa sekali pun di bawah panji BN,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata asas persefahaman dengan Pas iaitu berpandukan kepada prinsip Pas akan menggunakan lambang partinya sendiri.
“Bagaimanapun, pimpinan PAS tampak tidak berminat memenuhi ketetapan MN itu kerana mahu bersama Bersatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan