HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Julai 2008

Anwar tidak benar HKL ambil sampel DNA
Nyza Ayob


KUALA LUMPUR 17 Julai (Hrkh) - Peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana dikhuatiri ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.

Sankara yang ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) selepas Anwar dibebaskan pada jam 9.45 pagi tadi menyatakan, Anwar melahirkan kebimbangan sekiranya sampel DNA itu diambil, ia akan dimanipulasi pasukan penyiasat yang turut terlibat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan kenapa perlu DNA Anwar diambil lagi kerana sampel DNA telah diambil sewaktu kes 1998 dahulu.

Semalam, Penasihat Parti KeADILan Rakyat itu menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela.

Anwar dibebaskan pukul 9.45 pagi ini dengan ikat jamin polis.

Menurut Sankara juga, bagaimanapun Anwar diarahkan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini.

Dalam pada itu, Sankara menegaskan, Anwar terus dibawa ke rumahnya di Segambut memandangkan beliau mengalami masalah kesihatan.

Katanya, Anwar mengadu sakit belakang selepas tidur di atas lantai simen sewaktu ditahan malam tadi. - mns_

Tiada ulasan: