Empat keping roti canai RM10
Ekmal Yusof
IPOH - Krisis kenaikan harga minyak negara seolah-olah menjadikan sebab mudah bagi peniaga di sebuah restoran di Pekan Chemor dekat sini ini untuk menjual empat keping roti canai dengan harga RM10.00.
Kejadian tersebut berlaku ke atas seorang pengguna yang pulang dari Himpinan Ketuanan Rakyat di Stadium Perak baru-baru ini yang mendapati harga bagi empat keping roti canai yang dibelinya di restoran tersebut ialah RM2.50 sekeping.
Peristiwa tersebut berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam 29 Jun lalu.
Beliau enggan namanya disebut kerana merasa malu kerana tertipu.
Katanya kepada Harakahdaily, selepas meminta empat keping roti canai dibungkus, beliau pergi membayar di kaunter dengan menghulur wang kertas RM10.00 kepada seorang mamak.
"Selepas beri wang saya tunggu baki wang balik. Saya tanya mana "balance"? katanya.
Mamak itu menggelengkan kepada dengan kedua belah tangannya membuat isyarat "tidak ada balance", katanya.
Dengan isyarat tersebut katanya, beliau memahami bahawa harga roti canai yang dijual di situ ialah RM2.50 sekeping.
Berhubung perkara tersebut, beliau memberitahu telah membuat aduan kepada Kementeraian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Perak di sini dan pegawainya menyatakan bahawa aduan tersebut sedang dalam proses penyiasatan. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan