HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Julai 2008

Helikopter Nuri mendarat cemas di Kedah
Oleh Bernama


ALOR STAR: Sebuah helikopter SK 61A Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di padang awam Taman Matahari, Bidong kira-kira 40 kilometer dari sini jam 7.15 malam tadi.

Menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan di sini hari ini, pendaratan cemas itu dilakukan kerana pesawat itu mengalami sedikit masalah teknikal.

Ketika itu pesawat itu sedang dalam perjalanan balik ke Pangkalan Udara Butterworth selepas menghantar bekalan di Kem Gubir, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan jumlah krew yang berada dalam pesawat ketika insiden itu.

Menurut kenyataan itu, pesawat itu dijangka berlepas pulang ke Pangkalan Udara Butterworth pada 12 tengah hari ini.

Tiada ulasan: