Himpunan Protes diubah dari PJ ke Stadium Kelana Jaya
Anis Nazri
KUALA LUMPUR - Lokasi perhimpunan bantah kenaikan harga minyak ditukar dari Padang Timur, Petaling Jaya ke Stadium Kelana Jaya, 6 Julai ini.
Menurut jurucakap Protes, Moon Hoi, yang dihubungi Harakahdaily, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat di rumah Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Segambut, malam tadi.
Ketika diminta mengulas mengapa keputusan tersebut diambil, Moon berkata dipercayai satu kenyataan media mengenainya akan dikeluarkan pihak berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan