HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Julai 2008

Isu khutbah: Zahid panggil Pengarah JAKIM
mStar Online


Khutbah Jumaat semalam yang mendapat liputan media kerana menyentuh soal fitnah dan isu liwat telahpun sampai ke pengetahuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi.

Ramai yang lahirkan rasa tidak puas hati kerana isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan.

"Saya telah memanggil pengarah JAKIM yang bertanggungjawab meluluskan teks khutbah Jumaat," jelas Zahid.

Beliau juga telah diberitahu tentang teks khutbah bertajuk 'Budaya fitnah mengundang bala bencana' itu, di mana terdapat satu perenggan yang menyentuh bab 'qazaf.'

"Khutbah itu berniat untuk meminta jemaah agar tidak melakukan fitnah secara umum.
namun isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada seseorang. Khutbah minggu depan akan membuat penjelasan tentang isu ini yang akan turut menyentuh mengenai qazaf, mubahalah (sumpah laknat) dan li'an," kata Zahid lagi

"Saya telah mengarahkan agar khutbah minggu depan tidak memihak kepada mana-mana tetapi menyentuh tentang hukum dan sumber-sumber hukum yang sahih seperti yang terdapat dalam nas, ijmak Ulamak and Qias," katanya.

Khamis lepas, Anwar telah bertindak merujuk dakwaan fitnah terhadap dirinya kepada Akta Qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan menyerahkan borang siasatan Nombor 5 (aduan) kepada Pengarah Jawi.

Tindakan itu akan membawa siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559 yang dipanggil Qazaf).

Anwar mengambil tindakan merujuk kes dakwaan liwatnya ke Mahkamah Syariah sehari selepas Saiful mencabarnya bermubahalah di depan ulamak dalam email yang dihantar ke stesen televisyen swasta TV3.

Akta Qazaf disifatkan oleh ramai tokoh agama sebagai bertepatan dengan tuntutan syarak berbanding saranan bermuhabalah yang disyorkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Tiada ulasan: