Kerajaan Pulau Pinang urus tender melalui intenet
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG - Sesiapa yang ingin mengemukakan sebarang tender kepada Kerajaan Negeri mereka dikehendaki melayari intenet dan tidak lagi menggunakan 'kabel politik' seperti tabiat kerajaan dahulu kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ketika berucap dalam majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Audiotorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pagi tadi beliau menyarankan, cara lama tidak akan dilayan kerana ia mencetuskan kemarahan rakyat ekoran mengaitkan kroni dalam projek yang diperolehi.
"Cara lama tidak akan dilaksanakan mengikut prinsip kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia tidak menepati kaedah ketelusan, amanah dan bertanggung jawab. Melalui intenet mereka akan diadili dengan sebaik mungkin," katanya.
Jika ada bantahan sambung beliau, masa dua minggu diberikan untuk tujuan itu.
Seandainya tidak ada kita teruskan jalan seperti biasa jika ada kita akan tender semula, terangnya.
Selama ini setiap projek dimonopoli oleh orang politik sehinggakan ada yang besar kepala dan ego dengan rakyat bila sudah berjaya mencapai hasrat.
Menyentuh mengenai pasaran ekonom negeri sekarang beliau melebelkan sebagai perkembangan positif kerana sejak tahun pertama pemerintahan ia amat membanggakan.
Walaupun kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan serangan Kerajaan Persekutuan namun mengalah kepada mereka tidak sama sekali.
"Kita sepatutnya bertanggung jawab memajukan negeri ini bersama-sama bukan mencari kesalahan kecil yang sukar dikesan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan
Sementara itu, menjawab soalan wartawan dalam sidang media yang diadakan selepas majlis berkenaan, Kerajaan Negeri katanya, sekali lagi meminta Kerajaan Persekutuan menimbang semula pelaksanaan projek besar di Pulau Pinang.
Keenganan kerajaan berbuat demikian bukan sahaja menganaktirikan sebuah negeri di Malaysia tetapi juga bertindak kasar terhadap rakyat yang perlukan pembangunan dan keselesaan.
"Pembatalan Projek Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan Monorel meninggalkan kesan ketara untuk menghindarkan kesesakan yang dialami sejak kebelakangan ini. Keenganan kerajaan meneruskan projek di sini tentunya menjatuhkan nama baik Perdana Menteri yang merupakan anak jati negeri ini," katanya sini.
Selain Lim bersama dalam sidang media itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairuz Khairudin, Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Talikom) dan Penggangkutan (Udara, Laut dan Kereta Api), Lim Hock Seng, Exco Pembangunan Pelancungan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Law Heng Kiang dan Exco Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan