MSTAR ONLINE
[DIKEMAS KINI, 8.05 MALAM]
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Subang sebentar tadi.
Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang, esok.
Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tiba dari Perak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dekat sini.
Beliau diiiringi Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.
Selain Zamry, sebelum ini Setiausaha Umno Negeri Perak, Datuk Ramly Zahari yang juga ADUN Manong turut disebut-sebut akan dilantik menjadi Menteri besar.
Bagaimanapun petang tadi, Zamry ketika duhubungi memaklumkan calon bagi Menteri Besar baru masih belum diputuskan.
"Setakat sekarang kita belum putuskan siapa calonnya dan saya fikir paling cepat kemungkinan esok pagi untuk Menteri Besar baru angkat sumpah," katanya.
Malah Ramly juga berkata proses angkat sumpah bagi Menteri Besar yang baru kemungkinan diadakan esok.
"Kemungkinan esok pagi, hari ini tak sempat rasanya.
"Masalah dengan Pakatan pun tak selesai lagi, macam mana nak buat lantikan baru," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan