Wartawan Buletin Online
Kemaman - “Semua orang sudah tahu City Point dan Yellow Town adalah dua kawasan yang menjadi sarang segala maksiat di bandar Chukai, di sini,
“Bukan setakat remaja bercumbu di City Point, malah seseorang boleh pergi ke Yellow Town di waktu malam, lambai-lambai tangan kearah premis yang menjadi penginapan dan tunggu,
“Tak lama akan turun wanita muda, dan sesiapa pun boleh membawa mereka kemana sahaja sepanjang malam,” kata Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Buletinonline bagi mendapatkan mendapat penjelasan berkaitan laporan sebuah akhbar tentang ‘sarang maksiat remaja’ baru-baru ini.
Akhbar tersebut menyebut sebuah kompleks beli-belah di bandar Chukai dipercayai menjadi sarang maksiat dan tempat berpesta arak segelintir pelajar sekolah yang bermasalah di daerah ini.
Turut di petik akhbar itu adalah perbuatan menjijikkan para remaja terbabit turut menjadikan premis terbiar itu untuk melakukan maksiat dan seks bebas dengan hanya beralaskan kotak dan surat khabar, tambah akhbar berkenaan.
“Yang dimaksudkan oleh akhbar itu adalah pusat beli belah City Point, memang teruk,”kata Hj Hanafiah.
Menurutnya beliau pernah dimaklumkan pada satu ketika seorang awam yang berkunjung ke pusat beli belah tersebut ‘sakit mata’ dan tidak tahan melihat tingkah laku remaja melakukan maksiat disitu, mengambil tindakan sendiri menghalau mereka.
“Beliau ‘sakit mata’ tidak tahan, kemudian dia buat laporan ke bahagian penguatkuasa syariah pejabat agama, petugas pejabat agama jawab mereka tak boleh pergi, kerana bercuti,
“kerana tidak tahan melihat kemungkaran, beliau telah memanggil orang kampung bawa kayu, bawa rotan, naik ke pusat beli belah tersebut, hambat semua yang buat maksiat,”katanya yang menambah, sampai bila tindakan sendiri akan dilakukan oleh orang-orang kampung.
Beliau berkata pihak pejabat agama daerah Kemaman cukup maklum dengan apa yang berlaku di situ, malangnya mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana dikatakan tidak cukup anggota penguatkuasa.
“Remaja yang buat maksiat lebih ramai dari penguatkuasa syariah pejabat agama daerah Kemaman,”katanya.
Oleh yang demikian beliau membuat rumusan, sebenarnya kerajaan negeri tidak mahu menghapuskan maksiat sepenuhnya dan membiarkan para remaja hanyut.
“Kerajaan negeri juga pasti tahu masalah maksiat yang berleluasa di Chukai, Dato; Mad Said orang Kemaman dan selalu turun ke Chukai, takkan dia tak tahu ?,
“jika benar-benar kerajaan mahu membasmi maksiat, mencegah para rmaja dari terus hanyut dengan seks bebas, dadah dan arak, penguatkuasa syariah perlu ditambah segera,
“polis juga boleh buat pondok sementara, atau kaunter, duduk dua tiga orang pegawai tunggu situ, supaya para remaja berasa segan dan malu,”cadang Haji Hanafiah yang menambah, kerajaan berupaya mendirikan balai polis sementara dengan begitu banyak dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan