HALAMAN SANTAI

Sabtu, 14 Februari 2009

Melayu penderhaka sokong Karpal

UTUSAN ONLINE


JITRA - Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Pasu menyifatkan orang Melayu yang menyokong tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di mahkamah adalah sebagai penderhaka kepada sultan dan institusi raja-raja Melayu.

Ketuanya, Aminuddin Omar berkata, sepatutnya Karpal ditahan segera di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

''Selepas Karpal mengumumkan dia mahu menyaman Sultan Perak, banyak orang Melayu tidak puas hati kerana tindakannya seolah-olah menghina institusi kesultanan Melayu yang menjadi lambang kedaulatan negara ini.

''Sultan Perak tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan baginda membuat keputusan selaras dengan peruntukan undang-undang yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

1 ulasan:

Badrulsyah berkata...

Karpal tidak boleh saman Sultan Perak kerana tidak ada Locus Standi.

sila baca selanjutnya di: http://suararakyatselangor.blogspot.com/2009/02/locus-standi-karpal-tidak-boleh-saman.html