HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Februari 2009

Nizar, Anwar temui wartawan 3 petang

MSTAR ONLINE
[DIKEMAS KINI]


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini petang ini selepas mengadap Sultan Perak sebentar tadi.

Nizar berada di Istana Kinta selama 20 minit daripada pukul 12.45 tengah hari ini.

Sidang media itu dijangka berlangsung pukul 3 petang.

Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai "OK", Nizar berkata, beliau akan menemui wartawan kemudian.

"Alhamdulillah. Ia petanda baik," kata Menteri Besar Perak sebaik keluar dari Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Beliau yang sebelum itu menghadiri majlis perasmian Ladang Padi Gedung Sime Darby oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Ladang Tali Air, Bagan Serai, kirakira 130 kilometer dari sini, kelihatan tergesagesa meninggalkan majlis pada pukul 11.40 pagi.

Menteri Besar tersebut dilaporkan sempat memberitahu pemberita bahawa beliau telah dipanggil menghadap oleh Sultan Azlan Shah di Istana Kinta.

Sebelum ketibaan Nizar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim kelihatan memasuki istana pada pukul 12.15 tengah hari.

Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Nizar juga mengadap Sultan Perak di Istana Kinta petang semalam.

Tiada ulasan: