HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Februari 2009

SPRM perlu siasat kenapa Adun Bota kembali ke Umno

Irwan Muhammad Zain


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaaffar mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

SPRM kata beliau sebelum ini membuat kenyataan akan membuat siasatan ke atas Nasarudin ketika Adun Bota itu mengisytihar menyertai KeADILan.

"Jika ketika Nasarudin menyertai KeADILan, SPRM ingin siasat sekarang bila beliau kembali sertai Umno, siasatan yang sama perlu dilakukan," tegas Kamaruddin.

Mengulas mengenai penyertaan kembali Adun Bota tersebut ke dalam Umno, Kamaruddin menegaskan PAS kesal dengan tindakan wakil rakyat tersebut yang tidak tetap pendirian.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin Hashim mengumumkan keluar dari Umno untuk menyertai KeADILan.

Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti KeADILan Rakyat dalam sidang media di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya. - mns_

Tiada ulasan: