HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Mei 2009

Alamat baru web biro aduan awam

MALAYSIA KINI


Alamat laman web bagi Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini http://www.bpa.jpm.my telah ditukar kepada http://www.pcb.gov.my bermula semalam.

Menurut kenyataan BPA hari ini, nama domain bagi jabatan itu juga telah ditukar kepada @pcb.gov.my.

Perubahan itu adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan (MAMPU) mengenai pengurusan laman web/portal sektor awam, kata kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai laman web baru itu boleh menghubungi talian 03-8888 4356/ 4745/ 7236.

Tiada ulasan: