HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Mei 2009

Ibu paksa anak tiri makan najis

SINAR HARIAN ONLINE


DAMANSARA - Gara-gara enggan tidur petang, dua beradik disebat dengan penyangkut baju sebelum dipaksa minum air kencing dan najis ibu tirinya.

Dalam kejadian yang berlaku di Apartmen Desa 1 di sini, dua beradik itu masing-masing berusia enam dan 10 tahun dikatakan mula didera makan najis dan menghirup air kencing ibu tirinya sejak Sabtu lalu.

Ibu zalim itu membawa kedua-dua beradik itu masuk ke dalam tandas sebelum mengarahkan mereka menadah dengan tangan sambil menghirup air kencing dan makan najis sekali gus.

Akibat tidak tahan didera dua beradik itu kemudiannya nekad mengadukan rahsia itu kepada ‘ibu’ kawannya.

Menceritakan kisah sedih itu, Ruziah Ramli, 30, berkata, kedua-dua beradik itu adalah kanak-kanak yang periang dan sering bermain dengan anaknya

Tiada ulasan: