HALAMAN SANTAI

Sabtu, 9 Mei 2009

Jangan terikut dengan media musuh - Hassan Shukri

SIASAH DAILY


KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri mengingatkan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dipalu media musuh yang sengaja menimbulkan polemik bagi memecahkan perpaduan PAS menjelang muktamarnya bulan depan.

Katanya, media berkenaan ada agenda tersendiri untuk memecahkan PAS dengan mengkelompokkan pemimpinya dalam kem-kem atau puak tertentu.

“Saya melihat gejala ini sengaja ditimbulkan media massa untuk menjatuhkan imej dan keaslian PAS sebagai jemaah yang terkenal dengan perpaduan di kalangan ahlinya,” ujarnya.

Dalam wawancara khas dengan Siasah, Hassan juga menolak dakwaan mengatakan ada unsur luar yang cuba mempengaruhi pemilihan PAS pada muktamar nanti.

“Saya tidak nampak ada unsur luar dan kalau adapun ia tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana ahlinya cukup berdisiplin dan terdidik dengan asas-asas perjuangan untuk mencapai keredhaan Allah,” tegasnya.

Mengenai dakwaan golongan ulama yang berhak memimpin PAS, Hassan yang juga dianggap sebagai pakar perlembagaan PAS menjelaskan memang tidak ada di dalam perlembagaan PAS mencatatkan PAS hanya perlu dipimpin oleh ulama.

Katanya, golongan profesional yang memahami Islam, tahu mentafsir Quran, hadith, ijmak ulama dan qias juga boleh menjadi pemimpin PAS.

Tiada ulasan: