Oleh UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena yang berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin, pagi ini.
Penahanan dilakukan kira-kira pukul 6 pagi setelah sepasukan polis menemui kontena tersebut bersama tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Sekiranya ketulan kristal itu yang kini dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis sah dadah jenis syabu, ia mencatatkan rekod rampasan terbesar dengan anggaran nilai RM200 juta.
Difahamkan, ketika penahanan dilakukan, dua daripada tiga suspek yang berusia antara 40 dan 50 tahun itu berada di bahagian belakang kontena dan sedang memuatkan bahan-bahan itu ke dalam tong-tong plastik.
Ketiga-tiga lelaki terbabit dipercayai berasal dari ibu kota dan Klang, dekat sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan tersebut.
“Kita perlu masa untuk menyiasat perkara itu dan setakat ini belum dapat memastikan kandungan sebenar rampasan,” katanya di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan