HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Oktober 2009

Beza rakyat negeri kerajaan BN dan Pakatan Rakyat

Ditulis oleh Te@M I.T


BAGAN PINANG - Tidak sampai 6 bulan pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib, kerajaan BN telah membelanjakan wang yang begitu banyak hingga mencecah ratusan juta hanya untuk sukan Formula 1.

Exco Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Kamal Ashaari berkata, pembangunan mewah kerajaan BN nyata tidak mampu memberi manfaat kepada rakyat, berbanding dengan negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Taraf kehidupan rakyat di negeri-negeri tersebut meningkat, malah manfaat daripada kerajaan negeri diterima dari masa ke semasa.

Beliau mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga minyak tapi dalam masa yang sama bersetuju menjadi penaja dalam sukan Formula 1 antarabangsa.

"Tanpa mengambil kira kehidupan rakyat yang saban hari terpaksa bersusah payah untuk mencari sesuap rezeki, kerajaan menaikkan lagi harga minyak,

"Walau apa jenis minyak itu sekali pun, laju atau apa kebaikan guna RON 95 atau 97, hakikatnya tetap sama, harganya tetap naik," ujarnya ketika dalam ceramah di Markaz Dewan Ulamak di Bagan Pinang malam tadi.

Tegasnya, PAS tidak menghalang kemajuan atau pembangunan dari kerajaan BN jika ianya dapat beri manfaat kepada rakyat.

"Rakyat sekarang sudah pandai berfikir, mereka mahu lihat apa dia katakan 'rakyat didahulukan' itu," katanya menceritakan manfaat air percuma yang diterima rakyat Selangor dan elaun huffaz dan sekolah agama dari kerajaan Pulau Pinang.

Tambahnya, PAS tidak mendesak rakyat untuk mengundi calonnya, tetapi meminta rakyat berfikir dahalu sebelum mengundi.

"22 tahun calon BN menggula-gulakan rakyat dengan slogan bersifat sementara itu, bila menang keutamaan rakyat yang mengundinya dilupakan," katanya lagi.

Tiada ulasan: