PAHANG DAILY
(Eksklusif)
Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dan berwaspada dengan gelombang kebangkitan semula "Rejim Mahathir" di negara ini. Ternyata, nampak jelas mutakhir ini, mantan PM itu kini seolah-olah diagung-agungkan dan diberi penghormatan semula oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Entah apakah alasan lagi yang mahu diberikan, PM Najib Razak nampak benar cuba untuk mengangkat kedudukan "sifunya" itu ke tahap yang tertinggi. Apakah benar telahan suluruh rakyat bahawa Mahathir bakal dinobatkan sebagai Menteri Kanan Malaysia, sama seperti Lee Kuan Yew di Singapura?.
Biarpun pengumuman perkara itu belum lagi dibuat secara rasmi oleh Najib, namun ternyata harapan besar ke arah itu bakal terlaksana jua akhirnya. Malah, sejak awal Najib diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-6 lagi beliau telah melaksanakan agenda Mahathir iaitu menghumbankan menantu Pak Lah dan menaikkan anaknya sebagai Menteri Kabinet Najib yang baru.
Biarpun Khairy dilihat tidak menganggap itu semua adalah bertujuan untuk menjahamkan karier politiknya, namun yang jelas Khairy tidak lagi akan dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Ura-ura ini jelas kedengaran, malah dikalangan Pemuda UMNO sendiri mereka langsung tidak menghormati Khairy sebagai ketua sayap kiri parti itu. Justeru itulah kita tidak hairan Khairy terpaksa membina "MyTeam"nya dalam Pemuda UMNO sekarang.
Apa pun, tindakan Khairy itu sebenarnya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Amat tidak logik, calon yang kalah bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO diangkat sebagai Menteri. Sedangkan calon yang menang hanya jadi "barua UMNO" semata-mata.
Inilah dia penangan awal Mahathir dalam menguatkan lagi cengakamannya terhadap "seteru politik" beliau selama ini. Khairy bakal terjerat sama seperti terhumbannya "bapa mertua" beliau dari kerusi empuk Perdana Menteri Malaysia selepas ini.
Gelombang kebangkitan semula Mahathir, jelas dapat dilihat disana sini. Entah apa mimpi yang melanda dan terjadi agaknya, saban hari kini media arus perdana seolah-olah mendapat arahan untuk mempopularkan semula mantan PM yang dilabelkan sebagai "mahafiraun" dan "Kamal Altartuk" itu.
Baik di kaca TV mahupun di dada-dada akhbar mutakhir ini, media seolah-olah dipaksa untuk memaparkan begitu banyak gambar, cerita dan artikel tentang Mahathir. Apakah ini agenda terakhir Mahathir sebelum beliau dipanggil mengadap Illahi tidak lama lagi.
Terkadang kita merasa kecewa melihat senario ini sebenarnya. Sangkaan kita selepas beliau melepaskan jawatannya dulu, maka beliau akan insaf dan kembali ke pangkal jalan. Rupanya tidak, selepas terbuang di zaman Pak Lah maka kini Mahathir kembali bernafas lega bilamana proksi beliau Najib Razak berada di tampuk kuasa.
Rakyat kini tertanya-tanya, apakah Mahathir kini sudah lupa apa yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia sejak sekian lama. Atau mungkin juga benar bagai dikata "Melayu Mudah Lupa" !! Sebenarnya beliaulah yang telah lupa untuk pulang ke asalnya.
Dalam umur yang sudah semakin senja dimamah usia, beliau masih ingin membina kembali kuasanya. Oleh itu rakyat Malaysia digesa berhati-hati dengan virus Mahathir ini. Jika tersilap langkah, sudah pasti kita akan sekali lagi akan menjadi mangsa.
Mahathir tidak layak untuk menjadi Penasihat sebenarnya, apatah lagi untuk Proton, Petronas malah negara Malaysia ini sendiri. Inilah "wawasan 2020" beliau sebenarnya.
[Jika beliau tergamak mengutuk Presiden MIC, Samy Vellu supaya melepaskan jawatannya kerana terlalu lama memegang kuasa. Maka, beliau juga tidak sepatutnya menerima jawatan penasihat seperti sekarang ini.
Beliaulah yang telah menyebabkan rakyat menderita dengan berbagai penswastaan. Malah tindakan Mahathir yang jelas menyebabkan rakyat berada dalam keadaan carca merba, apatah lagi soal agama dan sebagainya.
Selama 22 tahun berkuasa, berbagai khazanah negara telah dirompak oleh beliau. Justeru itu, kini kita tidak hairan beliau terpaksa bermastautin dalam kawasan Seri Kembangan yang lebih selamat dan selesa. Jelmaan semula virus Mahathir perlu diawasi, jika tidak mahu masa depan kita terus terancam.
Kes Anwar Ibrahim juga berpunca daripada kerakusan beliau untuk mempertahankan kuasa. Semua ini masih segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan