HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Oktober 2009

Jika Rakyat Didahulukan, Kerajaan Di Gesa Agar Menarik Balik Arahan Pemeriksaan Puspakom Kenderaan Lama Melebihi 15 Tahun !!

PAHANG DAILY


Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berpendapatan rendah kecewa dengan sikap kerajaan 1Malaysia yang langsung tidak mahu memahami keperluan mereka. Sudahlah minyak dinaikkan secara "Trick Ron 97 ke Ron 95", kini ramai dikalangan mereka yang mula terasa bebanan yang dihadiahkan oleh kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak.

Apalah malangnya nasib rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung segalanya, sedangkan pemimpin mereka kaya-raya dan hidup bersenang lenang. Mereka tidak merasa bebenan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, kerana segalanya ada buat mereka.

Tinjauan PDO mendapati, orang ramai terutamanya pemilik kenderaan yang sudah berusia melebih 15 tahun ke atas kini berhadapan dengan masalah besar apabila kenderaan mereka terpaksa menjalani ujian Puspakom terlebih dahulu sebelum boleh memperbaharui cukai jalan.

Gara-gara peraturan ini, menyebabkan ramai dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah kini semakin gelisah. Tambahan pula apabila melihat cukai jalan kenderaan mereka hampir tamat.

Tindakan supaya kenderaan melebihi 15 tahun membuat pemeriksaan Puspakom jelas sekali menunjukkan "rakyat tidak didahulukan" sebenarnya. Malah, peraturan ini jelas sekali memberi hasil yang lumayan kepada agensi terbabit yang telah diswastakan sebelum ini.

Oleh itu, kerajaan digesa dapat melonggarkan kembali arahan ini membela nasib rakyat miskin dan berpendapatan rendah yang turut ingin memiliki kenderaan masing-masing. Kedudukan kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman kenderaan, menyebabkan mereka terpaksa bertahan dengan kenderaan sedia ada.

Namun jika peraturan ini terus dikekalkan, bermakna ramailah dikalangan mereka yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan akhirnya kenderaan terbabit akan tersadai begitu sahaja. Apakah kerajaan sedar impak negatif yang bakal berlaku dengan peraturan seperti ini?

Oleh itu, bertindak segera dan berikan keselesaan kepada rakyat. Jika tidak, sudah pasti mereka akan terus menolak kerajaan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang.

[Terkadang bila dikaji balik arahan kerajaan ini, memang ia amat membebankan rakyat. Tambahan pula bagi mereka yang terdiri dari kalangan rakyat miskin dan golongan berpendapatan rendah serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Bayangkan, bank atau finance mana yang layak untuk mereka membuat loan bagi membeli kenderaan baru. Maka, jalan terbaik ialah mereka membeli kenderaan secara tunai yang kebanyakkannya sudah pasti berusia melebihi 15 tahun.

Kenderaan terbabit juga, biasanya tidak mempunyai kelengkapan yang cukup jika diadakan ujian puspakom. Ini kerana biasanya ia digunakan untuk tujuan kerja dan pemunggahan barangan hasil pertanian.

Jika peraturan Puspakom digunakan, maka sukarlah bagi mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan mengambil insuran selepas ini. Kerajaan wajar menarik balik arahan ini untuk tidak menyiksa mereka].

Tiada ulasan: