UTUSAN ONLINE
KUCHING - Sarawak membenarkan orang ramai menangkap buaya di beberapa kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku serangan reptilia ganas tersebut khususnya di Sungai Skrang, Batang Lupar dan Sungai Bako.
Sehubungan itu Sarawak Forestry Corporation (SFC) bersedia untuk mengeluarkan permit bagi membolehkan aktiviti menangkap buaya di kawasan tertentu dilaksanakan.
Pengarah SFC, Len Talif Salleh berkata, permit menangkap reptilia ganas itu dikeluarkan bagi mengawal pembiakan haiwan berkenaan terutama di kawasan yang sering berlaku kes serangan buaya.
''Kes serangan buaya bukan perkara baru kerana masih ada kawasan penempatan penduduk terletak berhampiran sungai atau terpaksa 'berkongsi' dengan habitat berbahaya itu di beberapa batang sungai di negeri ini.
''SFC bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa serangan buaya itu tetapi pada masa yang sama kita juga bertanggungjawab untuk memastikan spesies haiwan terancam itu dilindungi," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri SFC di Wisma Sumber Alam di sini hari ini.
Kes terbaru serangan buaya melibatkan seorang warga emas, Debeline Nyambong, 50, berlaku di Sungai Skrang, Betong kira-kira jam 11.30 pagi pada dua hari lalu.
Mangsa dari Pengkalan Rumah Dukun, Rembai ditemui mati selepas dibaham buaya ket
Tiada ulasan:
Catat Ulasan