HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Oktober 2009

MIC cadang 16 September 'Hari Satu Malaysia'

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR - MIC mencadangkan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun, ditukar namanya kepada 'Hari Satu Malaysia' bagi mencerminkan kepentingannya dalam menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia, kata presiden parti itu, Datuk Seri S.Samy Vellu.

Beliau berkata, pertukaran nama itu juga akan membantu 'menginstitusikan' gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menjadikannya satu ciri tetap dalam peta Malaysia.

“1Malaysia bukan saja mengenai usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini, tetapi juga menyatupadukan pelbagai negeri di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Isnin lepas, Najib mengumumkan bahawa mulai tahun depan, Hari Malaysia akan menjadi cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan persekutuan Malaysia, berikutan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963.

Samy Vellu juga meminta Najib memberi pertimbangan bagi menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum di seluruh negara.

Katanya, walaupun ada pihak yang mungkin tidak bersetuju dengan cadangan itu dengan alasan Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, tetapi hakikatnya, penganut agama Hindu telah merayu sejak sekian lama agar kerajaan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum bagi seluruh negara.

Kini, Thaipusam adalah cuti umum hanya di beberapa negeri, termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Perseku

Tiada ulasan: