Abdul Rahim Sabri
Beberapa universiti utama akan melaksanakan pengundian secara berkomputer dalam pilihan raya kampus akan datang – tindakan yang tidak disenangi oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dimaklumkan tentang langkah kontroversi itu bulan lalu.
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah mengamalkan kaedah pengundian secara elektronik ini beberapa tahun lalu - juga dalam suasana penuh bantahan, di peringkat awalnya.
Penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung pada Khamis ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.
Pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) pula belum pasti sama ada pengundian berkomputer itu akan diperkenalkan atau masih mengekalkan keadah dahulu.
Tarikh pilihan raya di UM, UKM dan USM masih belum diketahui.
Sehubungan itu, antara 20 hingga 30 pelajar, yang menyertai SMM, mengadakan bantahan dengan mengedarkan risalah bersempena pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan