Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu membentengi diri dengan sikap tanggungjawab dan pegangan agama sebelum menerima bulat-bulat pemakaian budaya Internet seperti Facebook dan Twitter.
“Kita tidak kata jangan guna Facebook dan Twitter, tapi apabila menggunakannya sifat kemalaysiaan, sifat keislaman, sifat Buddhisme dan sifat Kristian yang ada pada seseorang itu perlu kuat disebabkan identiti negara kita bergantung kepada diri.
“Mereka berniaga dan kita sekadar menerima ini semua (Internet) dalam keadaan kejutan budaya,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia di sini.
Menurutnya, masyarakat perlu berhati-hati dan menimbangkan kebenaran dan ketepatan maklumat yang dipaparkan dalam Internet yang tidak semuanya benar.
“Kita menerima ini semua (Internet) dalam satu keadaan kejutan budaya, Jadi, jangan terlalu mudah memandang rendah pada mereka yang tidak menggunakan Facebook.
“Surat khabar akan tetap relevan dan Facebook pun begitu tetapi jangan terima semuanya seolah-olah yang lama ini tidak dipakai lagi,” katanya.
Selain itu katanya, seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap apa juga komen atau ulasan yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook atau Twitter sama seperti dalam penulisan surat khabar yang termasuk dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau turut memuji tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kejayaan mengesan salah laku seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang didakwa menggunakan laman Facebook untuk menghantar komen berbentuk ugutan berhubung isu kalimah Allah baru-baru ini.
“Tahniah kepada SKMM yang meneliti salah laku rakyat kita dalam pemakaian Facebook, Twitter lain-lain dan termasuklah sistem pesanan ringkas (SMS).
“Jadi, saya suka menerangkan sebagai seorang bekas peneliti perundangan negara, pemakaian (menggunakan Internet) bukan bermakna kita (boleh) melepaskan diri daripada tanggungjawab,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan