Dr Azman Ibrahim |
Tiga isu besar yang menjadi dalil tindak-tanduk pemimpin negara diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkhianati negara. Judi Terdapat riak-riak perkembangan di akhir ini kecenderungan kerajaan BN untuk membatalkan pemberian lesen judi bola sepak ekoran bantahan hebat rakyat termasuk bekas PM Pak Lah. Memang dalam sebuah negara demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat. Muhyiddin pun kata kerajaan sedia dengar suara rakyat dalam isu lesen judi. Tapi, maaf! Saya tak setuju. Tak perlu dengar suara rakyat dalam isu pemberian lesen judi! Tak perlu dengar suara rakyat dalam menentukan halal haram perkara yang telah ditentukan oleh Allah. Kalau kerajaan mengambil keputusan membatalkan pemberian lesen judi bola sepak, kita berharap ia dibuat bukan kerana suara rakyat dan kerana takutkan kehilangan sokongan rakyat, tetapi kerana ia adalah perintah Allah. Tanah KTMB Di samping tanah yang menjadi lokasi Stesen Utama KTMB di Singapura yang terletak di Tanjung Pagar, KTMB juga mempunyai tanah yang terletak di Kranji, Woodlands dan Bukit Timah dengan keluasan kesemuanya 271 hektar. Lokasi kesemua tanah ini terletak di Daerah Perniagaan Pusat Sheyton Bay yang jika dibangunkan mampu memberi pulangan berbillion dollar Singapura. Singapura tidak boleh berbuat apa-apa selagi tanah ini kekal menjadi milik KTMB dan digunakan untuk perkhidmatan tren. Lantaran itu stesen KTMB perlu berpindah dari Tanjung Pagar ke Woodlands. Apabila projek LRT daripada Tanjong Puteri di Johor Bharu ke Woodlands siap dibina, Stesen KTMB di Woodlands hendaklah dipindahkan ke Johor Bharu. Dengan ini berakhirlah riwayat KTMB di Singapura. Tanah KTMB di Singapura bukanlah milik kerajaan secara mutlak tetapi ia adalah milik rakyat dan negara. Benar Khazanah Nasional diberikan saham 60% dan Temasik Holding 40% dalam soal pembangunan tanah, tetapi kenapa perlu serah ekuiti sehingga 40% sedangkan kita adalah tuan tanah. Akhirnya, manfaat yang lebih besar akan diperolehi oleh Temasek (Singapura). Benar juga Malaysia diberikan tanah ganti yang kononnya sama nilainya dengan tanah KTMB yang hilang, tetapi tanah ganti tersebut terletak di Marina South dan Ophir Rochor, sebuah kawasan perjudian di Singapura. Seolah-olah Singapura menyedari akan minat pemimpin negara kita kepada judi. Apakah kita seperti Pak Kadok, ‘menang sorak kampung tergadai’. Blok Minyak Penyerahan 2 blok L dan M kepada Brunei sebagai ganti Brunei menggugurkan tuntutan ke atas wilayah Limbang di Sarawak menyebabkan kita kehilangan kawasan telaga minyak yang sangat bernilai. Mengikut Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya, ekoran dari penyerahan ini, Malaysia kerugian kira-kira RM320 bilion. Dr Azman Ibrahim, Setiu, Terengganu. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 27 Mei 2010
Tiga dalil pemimpin khianati negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan