HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Ogos 2010

Korek pasir: MP Kapar selar Selcat


mike-slrg-may10 Oleh Rahmah Ghazali

KAPAR: Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini menyelar Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sebagai "lambat" dalam siasatannya dalam isu mengorek pasir di negeri itu.

Bercakap kepada para pemberita di pejabatnya hari ini, beliau mendakwa ini menyebabkan saksi-saksinya hilang kepercayaan terhadapnya dan gagal untuk kembali memberi keterangan apabila siasatan awam disambung semula September ini.

Beliau berkata beliau telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Selcat untuk kali ini apabila beliau diberi sepucuk lagi surat dari Jawatankuasa itu berhubung bukti dan testimoni kes itu.

Surat itu, yang dikeluarkan pada 16 Ogos, mendesak beliau menulis akaun berkanun berhubung siasatan awamnya.

Di antara lain, dalam surat itu, Manikavasagam dikehendaki memberitahu Jawatankuasa dengan perincian tentang saksi-saksinya yang pernah memberinya video cakera padat (VCD) mengaitkan aktiviti haram mengorek pasir di negeri itu.

Tegas dengan pendiriannya, beliau berkata beliau telah melakukan apa yang perlu ketika siasatan awam mengenai dakwaan berlakunya aktiviti mengorek pasir secara haram Jun lalu.

"Saya telah memberi semua dokumen, senarai saksi, bersama sesalinan kad pengenalan pada hari itu (pada siasatan awam). Apa lagi yang mereka mahu?" soal Manikavasagam, menambah, mereka harus bertindak berdasarkan bukti dan tidak menunggu berbulan- bulan.

Saksi-saksi pergi kepada Noh Omar?

Beliau mendakwa penangguhan oleh Selcat terhadap siasatan membuat saksi-saksinya hilang keyakinan terhadapnya dan "mereka mungkin telah melompat ke sebelah sana".

"Saksi-saksi saya tidak lagi percaya kepada saya dan mungkin telah pergi menemui (menteri dan pemimpin Umno) Noh Omar untuk menyampaikan bantahan terus kepadanya," kata Manikavasagam, yang mengetuai biro aduan PKR.

Beliau mengeluh tentang "perkembangan yang lambat" Selcat dalam penyiasatan kerana mereka akan membawa kes sehingga masuk bulan September.

"Saya mahu memohon maaf kepada (Pengerusi Selcat dan juga Speaker) Teng Chang Khim (kerana enggan bekerjasama). Tapi biar mereka cari saksi-saksi itu sendiri," kata beliau dengan sinis.

Dan sekarang beliau berkata, saksi-saksi itu enggan menampilkan diri untuk memberi keterangan dalam siasatan awam. Saya telah memanggil mereka (saksi-saksi) tetapi mereka berkata mereka enggan untuk tampil ke depan lagi," katanya.

Manikavasagam menjadi fokus pihak media Mei lalu apabila beliau mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti bahawa para pegawai dari syarikat melombong pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) terlibat dengan rasuah.

Bagaimanapun, Selcat tidak menemui bukti rasuah di KSSB selepas tiga hari pendengaran menyebabkan beliau kecewa.

Tiada ulasan: