HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

Kenanga Research Gesa ‘Beli’ Untuk Puncak Niaga

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR – Meskipun terdapat cadangan untuk menaikkan tarif air, Kenanga Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Puncak Niaga Holdings, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.74.

Laporan akhbar tempatan melaporkan, Kerajaan Pusat pada dasarnya bersetuju menaikkan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) antara 15 dan 20 peratus.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan bahawa keputusan itu belum mendapat
kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor seperti yang diperuntukkan dalam
perjanjian konsesi.

Syabas sepatutnya mendapat kenaikan tarif sebanyak 37 peratus dalam tahun
kewangan 2009, yang tertangguh berikutan masalah penyepaduan.

“Kami masih sukakan sudut pengambilalihan oleh Puncak Niaga dan asasnya bergantung kepada perjanjian konsesi yang akan menyediakan faktor dorongan untuk peningkatan harga semasa proses penyepaduan,” kata Kenanga dalam nota kajiannya
seperti yang dilapor Bernama.

Firma penyelidikan itu yakin cadangan peningkatan tarif diusahakan oleh kerajaan persekutuan bagi menangani penurunan dalam penarafan kredit untuk bon berkaitan air.Tujuh puluh peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak Niaga.

Kenanga berkata, cadangan kenaikan tarif itu positif untuk sektor berkenaan, namun cadangan ini dijangka tidak menyelesaikan isu kewangan Puncak Niaga dalam jangka panjang.

Kedua-dua syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd menuntut kira-kira RM250 juta daripada Puncak Niaga untuk terimaan
belum berbayar sejak akhir tahun kewangan 2008.

“Kami yakin bahawa jika Syabas memperoleh kenaikan tarif itu, ia akan menambah RM18.5 juta sebulan berikutan kelewatan itu,” kata Kenanga.

Pada masa ini, aset air negeri diurus oleh empat konsesi yang melibatkan Puncak Niaga, Syabas, Splash dan Konsortium Abbas.

Tiada ulasan: