HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

Adu kepada JPP atau sekretariat PKR

FREE MALAYSIA TODAY

mollycheah5 PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR di peringkat Cabang membuat aduan terus kepada JPP atau sekretariat PKR.

Pengerusi JPP Dr Molly Cheah berkata, ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tata susila pemilihan harus menggunakan saluran ini daripada membuat pelbagai tuduhan dalam media.

"JPP tidak akan teragak-agak untuk membatalkan keputusan di peringkat Cabang jika kami yakin proses pemilihan diganggu atau jika terdapat perbuatan khianat dan ganas untuk mengganggu perjalanan pemilihan," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, "kami juga tidak akan teragak-agak untuk menyarankan tindakan disiplin diambil termasuk memecat ahli-ahli parti jika kami memperolehi bukti kukuh bahawa mereka terlibat dengan tindakan gagas dan mengganggu perjalanan pemilihan atau terlibat dengan perbuatan tidak bermoral seperti membeli undi."

"Dalam mencapai keputusan ini, kami akan menimbang laporan-laporan daripada ahli termasuk laporan-laporan daripada staf sekretariat dan sukarelawan-sukarelawan yang mengendalikan pemilihan di bawah pengawasan kami," jelas beliau.

Menurut Dr Cheah, JPP diamanahkan untuk mengawasi perjalanan pemilihan PKR di peringkat Cabang dan Nasional. Tugas ini termasuk menanggani aduan dan bantahan sebelum pemilihan peringkat Cabang dan aduan yang dibuat selepas pemilihan.

"Sehingga ini, sebanyak 166 Cabang telah mengadakan mesyuarat agung mereka sejak dua hujung minggu lalu dan JPP berpuas hati kerana kebanyakan pemilihan Cabang dapat berjalan dengan lancar," katanya.

7 ulasan:

madd berkata...

apa yang dapat dilihat adalah ramai ahli PKR sendiri yang tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang berlangsung. sepatutnya mereka bertindak secara rasional dan bukannya menimbulkan kekecohan.

Anak Sabah berkata...

PKR perlu menangani perkara ini dengan cara mereka sendiri.

mantra berkata...

ahli2 PKR tak seharusnya membuat kecoh jka tak puas hati, maslah oleh diselesai dgn cara baik.

Mahsiran berkata...

PKR selesaikanlah urusan parti sendiri terlebih dahulu. Janganlah melibatkan orang lain sekiranya ada masalah dalam parti.

Tanpa Nama berkata...

biarlah PKR selesaikan masalah mereka sendiri. yang penting jangan libatkan pihak luar yang tiada kena mengena dengan pemilihan PKR semata2 untuk menutup kelemahan parti.

samm berkata...

apa yang berlaku dalam PKR perlu diselesaikan oleh mereka sendiri. kekecohan dalam pemilihan sepatutnya boleh dielakkan jika ahli mereka mempunyai disiplin yang tinggi.

Unknown berkata...

Bagus tindakan Pengerusi JPP Dr Molly Cheah. Semoga PKR akan menjadi lebih matang.