WarkahDaily
Bila tahi-tahi judi dalam Umno ‘berteriak’ Lim Guan Eng guna duit judi untuk bantu orang Melayu, penulis rasa macam nak muntah. Yalah, tak sampai setahun depa berjuang untuk luluskan perjudian dalam bola sepak walaupun terpaksa dibatalkan kerana mendapat tentangan dari rakyat. Tetapi hari ini depa dah jadi alim-alim kucing pulak dah.
Walaupun Lim Guan Eng telah pun menjelaskan ada duit judi tetapi ianya diberikan hanya kepada orang bukan Islam sahaja. Lim Guan Eng juga menegaskan beliau juga tahu membezakan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh kepada orang Islam. Nampaknya Lim Guan Eng lebih reti Islam daripada puak-puak Umno.
Lim boleh membezakan mana yang boleh mana yang tak boleh, tetapi Umno main belasah aje.
Sekarang depa bertempik-melolong konon pejuang Islam sejati dan anti judi. Padahal depa tak sedar selama ini depalah yang duk luluskan judi. Yang kaya-raya tu pun tak sedar mana depa dapat kekayaan itu. Apakah dengan cara betul atau salah. Depa bukannya ambil hal, asalkan masuk poket sendiri.
Tetapi bila kerajaan PR Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP telah membantu orang Melayu di Pulau Pinang, depa merasa cemas. Sebabnya selama ini, Melayu tidak pernah mendapat bantuan sedemikian.
Namun atas kesombongan dan bongkaknya juak-juak Umno ni, depa pertikaikan bantuan yang diberikan itu konon duit yang digunakan itu ‘tidak bersih’ (haram) sebab hasil judi. Nak gelak pun ada, nak muntah pun ada. Kaki judi kata judi haram..kahkahkah…
Sebenarnya depa ni bukannya bimbang kegelisahan orang Melayu akan duit yang digunakan itu tetapi depa cemas dengan bantuan DAP terhadap orang Melayu. Kalau boleh depa tak mahu Melayu di bantu. Depa takut penduduk menaruh kepercayaan terhadap DAP dan PR. Jadi pelbagai dakyah jahat yang mereka cuba cipta untuk merosakkan hubungan akrab rakyat dengan PR.
Ketika BN memerintah Pulau Pinang, Umno hanya menindas orang Melayu sehingga terpinggir ke jauh. Kepentingan Melayu di Pulau Pinang semakin terhakis hasil tangan-tangan pemimpin Umno sedikit masa dulu.
Sejak merdeka sehingga 2008 depa jadi kerajaan di Pulau Pinang, Melayu tak pernah di beri bantuan secukupnya. Depa hanya memberi ‘suapan’ ketika musim pilihanraya sahaja sebagai umpan untuk kembali berkuasa. Tapi bila rakyat Pulau Pinang mengajar mereka dalam pilihanraya lepas, barulah depa terngadah.
Pastu mulalah nak cari buruk orang lain. Tahi yang depa buang pun kata orang punya. Depa buat-buat lupa yang duk berak tu adalah depa sendiri. Betapa bodoh dah bahlulnya Umno.
Umno hipokrit
Malaysiakini - Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.
Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan.
Katanya, apabila ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican memberikan bukti bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk program membasmi kemiskinan, Lim secara tergesa-gesa mengakuinya tetapi mendakwa wang berkenaan hanya disalurkan kepada penduduk bukan Melayu.
ADUN Penaga itu merujuk kepada pendedahan oleh Reezal Merican di Kepala Batas di mana beliau mengemukakan surat yang dialamatkan kepada pengarah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.
Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai itu ditandatangani oleh setiausaha sulit Lim, - Farida Hani M Yacob yang mengesahkan sumbangan itu telah diterima oleh kerajaan negeri.
Menurut Azhar, beliau menerima surat berkenaan daripada sumber yang tidak diketahui di Kuala Lumpur dan memilih mendedahkannya kerana isu berkenaan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam.
"Ini gaya dia (Lim); pada mulanya dia akan menafikannya, tetapi apabila kita tunjukkan bukti, dia kemudian akan mengakuinya,” kata Azhar kepada Malaysiakini.
"Ingat lagi, Lim juga membuat kecoh dia tidak diberikan kerusi VIP pada majlis di Penang Hill tahun lalu?" soalnya.
"Tetapi apabila gambar menunjukkan dia duduk di kerusi VIP, dia persalahkan media pula,” kata Azhar dengan sinis.
Lim dibidas oleh Umno kerana baru-baru ini mengakui bahawa dana kerajaan yang diperolehi dari sumber perjudian ada digunakan bagi membantu golongan miskin di Pulau Pinang.
Tetapi beliau memberi jaminan wang itu hanya disalurkan kepada golongan bukan Islam yang miskin.
"Kita tidak tahupun wang berkenaan datang dari perjudian lumba kuda. Saya tidak tahu kerana kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi.
"Hanya kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen berkenaan, jadi mengapa tidak tanya mereka,” kata Lim pada ucapannya di karnival sukan di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, seorang penulis blog memuat-naikkan sebuah artikel di Pisau.net mendakwa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sebagai penghargaan kepada golongan itu datangnya dari sumber judi.
Lim berkali-kali menafikan dakwaan itu, manakala setiausaha politiknya yang juga ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"RM100 untuk warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri yang ini yang tidak mengamalkan rasuah mampu memberi wang kepada rakyatnya,” Lim dilaporkan berkata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan