HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 September 2010

Mengaku Institusi Melayu Tapi Tak Mengaku Rasis


TV SELANGOR

KUALA LUMPUR – Utusan Malaysia mendakwa akhbar itu bukan bersikap perkauman walaupun memperjuang agenda Melayu sebaliknya menuduh media berbahasa Cina dan sebahagian portal berita, sebagai rasis tanpa sebarang alasan kukuh.

"Adalah dangkal bagi menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu,” kata Awang Selamat dalam kolum Bisik-Bisik Mingguan bertajuk ‘Lagi Jawapan Buat Nazri Aziz’, hari ini.

"Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita…" kata penulis yang dikritik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak pernah mendedahkan identiti kepada umum itu.

Awang Selamat ketika membuat kecaman terhadap Datuk Seri Nazri Aziz juga mengaku sebagai akhbar yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air itu, selain turut mendabik dada sebagai sebuah institusi Melayu

“Utusan bukan sekadar akhbar , Utusan adalah institusi Melayu,” kata Awang Selamat yang meminta tidak perlekeh seperti yang dilakukan pihak tertentu dengan merujuk golongan itu sebagai bukan Melayu.

Dalam kolum berkenaan, Awang Selamat yang menjawab celaan Nazri sebelum ini, mengaku edaran akhbar itu semakin merosot tetapi memberi alasan, kebanyakan akhbar utama dunia lain juga mengalami situasi sama.

Awang Selamat juga sekali lagi menempelak Nazri dan mendakwa beliau tidak boleh dikritik kerana mendakwa Utusan mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali.

Nazri dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini menyelar sikap Utusan yang tidak sehaluan dengan agenda 1 Malaysia gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya mensensasikan Perkasa.

Dalam kolum sama bertajuk 'Alahai Nazri' minggu lalu, Awang Selamat mempertahankan Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang bertanding atas tiket Pas pada pilihan raya lalu selepas dipecat Umno - parti dukungan Utusan.

Tiada ulasan: