HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 September 2010

PKR: Kekecohan cabang kerana pihak kecewa mahu cemari parti


PETALING JAYA – Kekecohan yang mencemarkan pemilihan langsung peringkat bahagian PKR semalam dipercayai akibat langkah pihak-pihak yang telah kecewa mahu memburukkan nama anggota gabungan Pakatan Rakyat itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu, pihaknya tidak boleh mengetepikan kemungkinan itu kerana kaedah dan cara yang sama digunakan untuk mengganggu proses pemilihan yang diadakan di cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat semalam.

Ia antara 34 cabang yang mengadakan pertemuan semalam.

“Peti-peti undi dirampas, dirosakkan dan kertas undi pula diselerakkan sebelum mereka yang mendalangi perbuatan itu meninggalkan (lokasi tempat undi dikira),” kata beliau.

PKR, parti pelbagai kaum terbesar di negara ini, meminda perlembagaan tahun lalu bagi membolehkan ia mengadakan pemilihan langsung membabitkan 400,000 ahlinya.

Saifuddin berkata, partinya ada menerima rakaman video dan gambar menunjukkan kekecohan di bahagian-bahagian terbabit.

Beberapa dalang kejadian itu dilihat meraikan tindakan mereka merosakkan peti-peti undi, kata beliau.

Katanya, laporan awal yang diterima Jawatankuasa Pemilihan Pusat menunjukkan insiden semalam disebabkan oleh mereka yang bukan ahli.

Saifuddin berkata, beliau percaya dalang insiden semalam terdesak untuk memprovokasi dan menggambarkan bahawa PKR tidak berupaya untuk mengendalikan pemilihan langsung yang julung kali diadakan.

“JPP sedang meneliti semua laporan daripada pegawai-pegawai pemilihan dan meneliti aduan dan rayuan daripada calon-calon,” katanya lagi.

Bagaimanapun Saifuddin mengakui bahawa beberapa gangguan disebabkan oleh pertikaian dalaman membabitkan ahli.

Kes-kes itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti, kata beliau.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa gangguan itu tidak boleh dilihat sebagai gambaran keseluruhan prestasi parti.

Sehingga kini 96 peratus atau 159 daripada 166 cabang telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan dengan baik dan teratur.

Sebanyak 39 cabang akan mengadakan mesyuarat agung tahunan hujung minggu ini.

Katanya, hanya tujuh atau empat peratus cabang terpaksa menangguhkan mesyuarat dan pemilihan ekoran gangguan ataupun kerana masalah teknikal.

Ia termasuklah Petaling Jaya Selatan, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus.

Juga dilaporkan bahawa pertikaian tercetus di Kota Raja dan Subang semalam.

Menurut Saifuddin, beliau masih menunggu laporan daripada pegawai-pegawai pengawas pilihan raya.

11 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Tidak kira dalam BN ataupun PKR, pasti ada yang sengaja mahu mencemari parti.

madd berkata...

kekecohan yang berlaku memberikan kesan yang tidak baik kepada PKR. ini mungkin kerana tindakan ahli-ahli dan pemimpin mereka sendiri yang tidak berpuas hati.

Hamdan Hadillah berkata...

Inilah kerana ahli PKR yang gila dengan kuasa sanggup berbuat apa-apa untuk jika tewas dan merosakkan pelancaran program. Sungguh memalukan PKR sebuah parti yang lantang mengkritik Kerajaan bersikap sedemikian.

mandau berkata...

kekecohan dalam PKR ini telah menjejaskan reputasi PKR,nampaknya masalah dalaman PKR semakin serius.

Bujang Senang berkata...

Sungguh memalukan PKR dengan apa yang telah berlaku dengan kekecohan cabang PKR. Pelbagai masalah telah dilakukan menandakan tidak puas dengan keputusan yang diberikan.

Tanpa Nama berkata...

kenapa ada pihak yang kecewa dalam PKR? adakah parti ini tidak adil, tidak jujur atau tidak telus? yang pasti semua ini bakal menjadi pertimbangan rakyat untuk memilih parti yang terbaik untuk mereka.

mantra berkata...

wujud perasaan tidak puas hati dalam PKR ni mungkin kerana kepimpinan PKR yan tidak telus.hal ini mencemarkan nama PKR.

samm berkata...

ahli-ahli PKR sepatutnya bersikap positif dan bukan menimbulkan kekecohan bila tidak berpuas hati.

amy berkata...

Sekali lagi, imej PKR tercalar.

kb girl berkata...

Baru 400 ribu ahli sudah kecoh. Bagaimana pula menerajui Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 28 juta orang?

Unknown berkata...

Sudah kalah mengaku sajalah, apa guna mau buat bising, bukan ada orang sokong.