HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

Umno berniat pecah-belahkan perpaduan kaum, 1Malaysia sekadar 'make-up'

Selepas dikritik MIC dan DAP ekoran kenyataan pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) semalam, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan gagasan 1 Malaysia pentadbiran Najib, yang menjadi platform perpaduan kaum, adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini.

“Ini adalah imej sebenar Umno yang sememangnya mahu memecahkan perpaduan kaum di negara ini.

“Malah kenyataan yang dibuat oleh seorang pegawai kanan Biro Tata Negara semalam telah menunjukkan imej sebenar Umno yang tidak mahukan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata, konsep 1 Malaysia telah menjadi alat yang menyebabkan perpaduan kaum semakin terhakis.

“Kalau konsep 1 Malaysia ini diserapkan ke peringkat akar umbi saya yakin mereka akan faham.

“Tapi nampaknya apa yang jadi sekarang adalah sebaliknya dan bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno yang rasis dan menolak perpaduan kaum,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutan yang mengatakan hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.

Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini semalam.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.

Kata beliau Dr Mahathir dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan juga masyarakat Cina, India dan Orang Asli hanya mempunyai hak kepada satu undi.

“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.

“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.

“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.

Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Najib menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri. -TMI

16 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Perpaduan kaum bergantung dengan rakyat sendiri. Jika kita bersungguh-sungguh mahu bersatu, tiada apa yang boleh mempengaruhi tindakan kita.

Anak Sabah berkata...

Marilah kita bersatu tanpa mengira bangsa dan agama.

madd berkata...

PAS tidak perlulah menuduh UMNO dengan mengatakan UMNO berniat pecah-belahkan perpaduan kaum. sepatutnya PAS menyokong usaha kerajaan untuk menambahkan lagi perpaduan dan bukannya asyik mengkritik 1Malaysia.

mantra berkata...

konsep 1Mlaaysia adalah untuk memupuk perpaduan dinegara kita, perpaduan perlu dijalin untuk mewujudkan suasana harmony dan kerjasama dalam masyarakat.

Leo berkata...

Daripada menuduh UMNO, PAS patut berusaha sendiri unuk mencapaikan konsep 1Malaysia.

Leo berkata...

Bukan salah UMNO jikalau konsep 1Malaysia gagal kerana ia terpulang kepada rakyat sendiri untuk mempunyai keinginan yang besar untuk bersatu tanpa mengira kaum dan agama.

Tanpa Nama berkata...

yang buat kenyataan hanya seorang, jadi tidak patut kenyataan itu digambarkan secara keseluruhan pendirian parti. bagaimana pula halnya dengan perjuangan kerajaan DAP pulau pinang yang tidak menghormati penduduk muslim? adakah itu pendirian keseluruhan kerajaan PR?

Unknown berkata...

Janganlah membuat andaian sendiri dalam 1 malaysia. setahu saya, 1 Malaysia itu bukan sekagdar make up tapi adalah satu cadangan yang sebenarnya kerejaan lakukan.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan wajar menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pegawai kanan Biro Tata Negara atas kenyataan beliau yang disifatkan berbaur perkauman. bagi menyelamatkan perjuangan parti, kerajaan perlu melakukan sesuatu sebelum hal itu menjadi pertimbangan rakyat untuk menolak kerajaan.

Hamdan Hadillah berkata...

Yang memecah belahkan kaum bukan UMNO, tapi Pembangkang yang saja membangkitkan pelbagai isu yang sengaja mengaitkan kaum-kaum lain. jadi ini bukan salah UMNO dalam hal ini. Saya yakin, UMNO bertungkus lumus untuk menjayakan 1 Malaysia ini tapi PR yang jadi batu penghalang.

Tanpa Nama berkata...

kenapa PAS tidak mengutuk tindakan Anwar yang telah memburuk2kan Malaysia semasa beliau membuat kenyataan di Indonesia? kenapa tidak mengutuk kerajaan DAP Pulau Pinang yang menggunakan duit judi sebagai wang ehsan kepada warga mas?

samm berkata...

setiap rakyat perlu menyokong gagasan 1Malaysia dan kita semua perlu bersama-sama mengekalkan perpaduan dalam negara ini.

Unknown berkata...

Saya rasa perpaduan lebih dulu terjalin rapat sebelum slogan 1Malaysia ini dicipta. Kerana selepas dicipta, isu perkauman terus digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Unknown berkata...

Sebelum ini tidak ada orang pun yang berani mempersoalkan budaya dan fahaman sesama rakyat Msia, hanya selepas slogan 1Msia itulah masalah2 perkauman wujud.

kb girl berkata...

PM disaran mengambil tindakan tegas terhadap pegawai kerajaan yang sering mengeluarkan kenyataan yang berunsur penghinaan terhadap kaum lain. Jika tidak, ia tetap akan berlaku lagi dan akan menjejaskan sokongan kaum bukan bumiputra terhadap BN.

Unknown berkata...

PM bertungku-rumus mahu menjayakan gagasan 1 Malaysia tetapi ada pihak-pihak yang tidak senang hati dengan pekara ini.