HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 September 2010

Kes Sosilawati: Bomba Digunakan Pam Air Dari Lubang Kubur

KELAB GREENBOC

Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.

Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian.

Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.

Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan terbabit selepas pita kuning dipasang oleh polis kira-kira 300 meter dari pintu masuk ladang milik suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mereka ke lokasi terbabit selepas polis meminta bantuan bagi menyedut keluar air sungai yang memenuhi lubang berkenaan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun jurucakap itu enggan mengulas lanjut dan meminta kumpulan media supaya berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Kerja mengorek kubur berkenaan dijangka diteruskan hingga malam tadi bagi mencari bukti kemungkinan mayat mangsa suspek ditanam dalam kubur itu.

Seorang lagi individu yang hilang dan turut dikatakan menjadi mangsa pembunuhan suspek bekerjaya peguam itu seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu suspek berkaitan urusan perniagaan.

Sementara itu, isteri mendiang yang membatalkan perjalanan pulang ke Ramapuram, India semalam, S Usharani, 24, dilihat sekali lagi memasuki Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi dan keluar 45 minit kemudian.

Tiada ulasan: