HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

16 pelajar Thai terima biasiswa menuntut di Malaysia

BERNAMA

KOTA BHARU: Seramai 16 pelajar Thailand berketurunan Melayu yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Kelantan dan Terengganu menerima biasiswa daripada kerajaan Thailand, hari ini.

Setiap seorang menerima RM3,000 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Thailand, Theerakun Niyom di Pejabat Konsul Thailand di Kota Bharu.

Mereka terdiri daripada empat pelajar lelaki dan 12 pelajar wanita dari Narathiwat, Pattani dan Yala.

Theerakun berkata, kerajaan Thailand turut prihatin dengan pelajar Islam dari golongan miskin yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

"Pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah akan diberi biasiswa yang sebilangannya sedang menuntut di Malaysia," katanya.

Pelajar Kolej Islam Sultan Ismail Petra, Kumasnah Rayeekae, 21, berkata, ia juga kali kedua beliau menerima sumbangan seumpama itu yang dapat menampung pelajarannya di Malaysia.

"Saya memerlukan RM2,500 bagi satu penggal untuk membayar yuran persekolahan di kolej selama lima semester lagi," katanya yang juga anak kepada peniaga kecil.

Tiada ulasan: