HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 September 2010

Tun Zaki, sila jawab aduan saya’-Karpal

FREE MALAYSIA TODAY

karpal singh[1] PETALING JAYA: Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi diberi tempoh selama tujuh hari supaya memberi respons terhadap aduan Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya mengenai salah laku disiplin amalan guaman termasuk rasuah.

Ini berikutan tindakan Zaki yang menolak pertanyaan media untuk memberi respon semasa merasmikan mahkamah sivil di Kuala Lumpur Jumat lalu dan menganggap aduan Karpal itu sebagai satu dakwaan berbaur politik.

"Ketua Hakim tidak sepatutnya mengabaikan aduan saya. Ini bukan hal politik.

"Saya menyeru Ketua Hakim menjawab aduan saya dalam tempoh tujuh hari dari hari ini memandangkan perkara ini akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat yang bermula 11 Oktober depan," katanya Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal juga terkejut apabila Zaki seperti dilaporkan media menafikan ada menerima aduan mengikut itu walaupun telah diserahkan sebagai satu surat rasmi bertarikh 20 Ogos lalu ke pejabatnya di Putrajaya.

Karpal dalam aduannya mengikut Kod Etika Kehakiman 2009 dan Akta Jawatankuasa Etika Kehakiman 2009 mempersoalkan mengenai pengakuan Zaki di Kuching pada tahun 2008 bahawa beliau pernah merasuah pegawai mahkamah semasa firma guamannya disenarai hitam pada tahun 1987.

Zaki pada ketika itu berkhidmat sebagai peguam di sektor swasta.

Karpal dalam aduannya memetik kenyataan Zaki di akhbar New Straits Times 8 November 2008 berkata, "Saya terpaksa mengambil masa selama enam bulan untuk berbuat baik, dan merasuah setiap individu untuk membersihkan rekod kami. Ini adalah pengalaman peribadi saya, kepada semua kerani dan pendaftar sila hentikan segala perbuatan mengarut ini".

Walaupun Zaki menafikan laporan NST sebagai satu salah faham, namun Karpal mendakwa mempunyai bukti rekod pengakuan Zaki di Kuching itu.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menyifatkan kenyataan Zaki yang memberi amaran kepada pegawai kehakiman mengenai jenayah kolar putih semasa anugerah perkhidmatan cemerlang Mahkamah Pesekutuan pada Jun lalu sebagai ‘hipokrit’.

"Zaki bersikap hipokrit apabila mengingatkan kepada pegawai lain mengenai amalan rasuah, sedangkan beliau sendiri mengaku pernah mengamalkannya.

"Oleh itu berlaku kecacatan mengenai karakter ketua hakim yang boleh mengheret beliau kepada tindakan disiplin melalui Jawatankuasa Etika Kehakiman atau dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara oleh tribunal yang dilantik Yang Di Pertuan Agong mengikut Artikel 125 (4) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Tiada ulasan: