HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 September 2010

Nyanyuknya Menjadi-jadi Sekalipun Kubur Dah Kata Mari

KELAB GREENBOC

Dr M: Nik Aziz halalkan apa sahaja demi dapatkan sokongan

PASIR MAS — Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh membuat tafsiran baru berkaitan hukum halal dan haram semata-mata demi menjaga hati DAP dan pada masa sama mendapatkan sokongan rakyat.

Bekas perdana menteri itu berkata selain Nik Aziz, pemimpin parti Islam itu sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan sokongan.

“Ada pemimpin Melayu cakap mereka bukan orang Melayu tapi orang Islam. Itu tidak mengapa tetapi yang jadi persoalan kenapa hal berkaitan Islam diketepikan.

“Kalau mengakui diri adalah Islam jadi berlagaklah seperti orang Islam tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

“Nik Aziz boleh halalkan segala-galanya, malah beliau juga boleh buat tafsiran baru berkaitan hukum halal dan haram,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas.

Buat pertama kali Dr Mahathir datang ke Kelantan hari ini setelah insiden beliau disembur cecair di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, empat tahun lalu.

Dr Mahathir yang diiringi oleh isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali datang ke negeri ini untuk menghadiri perhimpunan Perkasa.

Beliau tiba di majlis itu dengan memakai kain lilit di kepala bewarna kuning dengan corak bunga padi serta mengenakan selempang merah di bahunya.

Kali terakhir Dr Mahathir datang ke Kelantan ialah pada 2006.

Pada lawatan itu, Dr Mahathir telah disembur dengan cecair yang merbahaya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 11 pagi, 28 Julai 2006.

“Pemimpin PAS sudah ketepikan agama, malah bangsa sendiri juga dilupakan.

“Sebagai contoh isu ternak babi, Nik Aziz cakap tidak ada masalah kalau nak ternak babi kerana dalam Islam tidak larang, yang haram adalah makan babi.

“Semua yang dilakukan ini semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat sahaja,” kata Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa.

Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat terutamanya di Kelantan supaya mengenali latar belakang pemimpin mereka sebelum menyesal.

“Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang membela dan mengikut kehendak rakyat bukan pemimpin yang gila nak jadi perdana menteri.

“Pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa ini boleh menyebabkan orang Melayu terpecah kepada 10 puak,” katanya.

Bekas presiden Umno itu juga mendakwa PAS menyertai PR adalah semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.

“Parti yang berada dalam PR bergabung hanya untuk menang pilihan raya dan dapatkan kuasa.

“Semua orang tahu dasar setiap parti itu (PAS, PKR dan DAP) berbeza. Dasar perjuangan mereka tidak sama, jadi rakyat perlu tahu jenis pemimpin mereka,” katanya.

Dr Mahathir juga menjelaskan matlamat perjuangan PKR adalah bukan untuk rakyat tetapi adalah memastikan pemimpin mereka menjadi perdana menteri.

“Objektif PKR adalah nak pemimpin mereka jadi perdana menteri bukan untuk rakyat dan memastikan hak rakyat stabil.

“Apa yang penting bagi mereka adalah pemimpin mereka boleh jadi perdana menteri dan mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat itu tercapai,” katanya.

Dalam kenyataan terbaru minggu ini, Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika PR mengambil alih pemerintahan negara ini.

Beliau mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.

Beliau juga menasihati pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak mengetepikan individu berkebolehan yang dapat menyumbang kepada kekuatan parti hanya semata-mata takut kedudukan sendiri tercabar.

“Ini masalah Umno, kerana takut kedudukan sendiri dicabar mereka yang berkebolehan diketepikan sebab itu ramai yang masuk PAS.

“Jadi Umno perlu ubah semua ini demi kebaikan parti,” katanya.

Ulasan GB

Siapa yang mengugut MB Kelantan, YAB TG Nik Aziz bahawa kerajaan pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS Kelantan jika hukum hudud dilaksanakan dengan alasan ia hudud PAS jika bukan anda yang bernama Mahathir?

Walhal yang sebenarnya, TDM hanya berdalih menyatakan ia hudud PAS. TDM adalah penentang hukum Islam sebenar. Beliau kini menuduh TGNA dan PAS melupakan ugama sedangkan TDM tidak pernah mahu mendaulatkan agamanya. Beliau menuduh TGNA membuat tafsiran baru berkaitan hukum halal dan haram semata-mata demi menjaga hati DAP dan pada masa sama mendapatkan sokongan rakyat sedangkan Mahathir begitu gersang dengan ilmu pemerintahan Islam dan kaedah-kaedah yang digunapakai oleh Rasulullah seperti tahalluf siyasi dan seumpamanya.

Cuba lihat:

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata : Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya.

TDM juga menghina Rasulullah.

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKKAN RATU CANTIK

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka

Tiada ulasan: