HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

Polis buru dua lelaki langgar kereta peronda hingga terjunam ke tali air

SINAR HARIAN ONLINE

KOTA BAHARU - Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai terlibat melanggar kereta peronda polis sehingga terjunam ke dalam sebuah tali air di Tumpat empat hari lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Tumpat, yang dipercayai bersama dua suspek itu, ditahan pada hari kejadian.

Kejadian berlaku pada 1.30 pagi Jumaat lalu, ketika sebuah kenderaan polis yang dinaiki dua anggota sedang meronda kawasan berhampiran stesen minyak BHP di Kampung Laut, Palekbang, Tumpat.

"Ketika dua anggota itu meronda, mereka terlihat sebuah kenderaan jenis Proton Satria berwarna putih dinaiki tiga individu, dua lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan lalu mengekori kenderaan itu.

"Bagaimanapun sebaik menyedari diekori, mereka bertindak agresif dengan melanggar kenderaan anggota peronda sehingga terjunam ke sebuah tali air berhampiran," kata.

Mazlan berkata, sebaik melihat kenderaan polis itu terjunam ke dalam tali air, ketiga-tiga suspek turun dari kenderaan mereka dan cuba lari ke kawasan hutan berhampiran tetapi seorang daripada mereka, suspek iaitu pelajar perempuan berusia 16 tahun, ditahan oleh anggota peronda berkenaan.

Tiada ulasan: