HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 September 2010

Nik Aziz: Tak perlu parti orang Melayu selain PAS

BERNAMA

KOTA BARU – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PASS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

“Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baru, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

“Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

“Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas.

9 ulasan:

Bujang Senang berkata...

Kenapa PAS tiba-tiba mengajak UMNO meyertai PAS. Perpaduan kaum melayu, Alasan lagi dari PAS, kerana mereka takut dengan kekuatan UMNO terhadap orang melayu. Seharusnya, PAS yang patut masuk ke Parti UMNO. Lagi sesuai dan perpaduan Melayu akan tercapai.

samm berkata...

dalam memimih parti mana yang patut disokong, terpulanglah kepada setiap individu untuk memilih.

Tanpa Nama berkata...

kenyataan PAS seolah- olah PAS adalah parti yang terbaik, rkyat berhak memilih parti mana yang inginkan.

Tanpa Nama berkata...

boleh pula PAS ajak umno sertai PAS.. pasti ramai orang diluar sana yang geli hati. seolah2 ada jaminan bahawa perpaduan di malaysia kembali kukuh bila umno menyertai PAS, atau bila umno memberi laluan kepada PAS.

Anak Sabah berkata...

Biar rakyat yang menentukan sendiri parti mana yang mereka mahukan.

Anak Sabah berkata...

Ini negara demokratik, rakyat berhak memilih parti yang dimahukan.

zam berkata...

rakyat boleh memilih parti mana yang mereka ingin sertai asalkan mereka yakin itu adalah pilihan terbaik.

Unknown berkata...

Sudah lebih setengah abad UMNO sebagai parti orang Melayu kini Nik Aziz mengatakan Melayu tidak perlu UMNO??

kb girl berkata...

UMNO juga ingin memberitahu Dt Nik Aziz bahawa tak perlu parti orang Melayu selain UMNO.