HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 September 2010

Pengasas Kumpulan Virgin Cabar Najib Selesaikan Kes Fitnah II Terhadap Anwar


SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Virgin yang berpengkalan di United Kingdom, Sir Richard Branson menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap beliau duri yang telah mencemarkan nama baik Malaysia.

Bercakap di persidangan “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” di ibu negara hari ini, jutawan yang terkenal dengan syarikat penerbangan tambang murah, Virgin Airlines berkata sekiranya Najib seorang pemimpin yang berani beliau harus berani menyelesai isu sebegini yang merosakkan reputasinya sebagai Perdana Menteri.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia.Richard mengilhamkan penubuhan Virgin pada 1970 dan kini kumpulan tersebut menguasai bidang perniagaan daripada sektor telefon bimbit, pengangkutan, perkhidmatan kewangan, media, muzik hinggalah kepada kesihatan.

"Isu ini sudah berlarutan sangat, sangat lama. Ia memberikan gambaran yang buruk di luar negara," tegas Richard..

Walaupun beliau tidak berpendapat perbicaraan kes terhadap Anwar menyebabkan pelabur luar menjauhkan diri dari Malaysia, namun ramai lagi pelabur mahu melabur di negara ini jika keadaan lebih terbuka dan liberal.

Beliau berkata adalah aamt mustahak bagi Perdana Menteri menangani perbicaraan yang memudaratkan imej negara kerana seorang pemimpin yang baik akan juga menjaga kebajikan rakyatnya seperti mana juga seorang majikan melayan pekerjanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan perbicaraan beliau yang penuh dengan kontroversi dijangka bersambung pada 14 Oktober depan.

Tiada ulasan: