HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 September 2010

Calon yang bukan restu Anwar hanya boneka: Noh Omar

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Anggota parti yang tidak direstui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menawarkan diri bertanding pada pemilihan peringkat cabang, hanya dilihat sebagai boneka.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Noh Omar mendakwa ini kerana Anwar sudah pun mempunyai calonnya sendiri bagi memudahkannya melaksanakan apa yang diagendakan.

“Calon yang bertanding bukan restu penasihat (Anwar) hanya boneka. Dia hanya nak menghalalkan cara sahaja, menghalalkan demokrasi dengan cara menipu ahli-ahli dia tetapi sebenarnya dia dah tentukan dah siapa yang mereka nak.

“Hari ini, saya tengok ahli-ahli PKR pun dah nampak dan dah sedar bahawa mereka selama ini diperkudakan oleh pimpinan mereka yang bercita-cita tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Silaturrahim dan Sambutan Aidilfitri Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional di Bandar Tasik Selatan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan yang berlaku dalam beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR di Selangor antaranya di Subang, Kapar, Klang dan Petaling Jaya Selatan.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kekecohan yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR di seluruh negara didakwa berpunca daripada calon-calon yang mendapat restu Anwar dan Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali, tetapi tidak dipilih oleh anggota parti.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, turut mendakwa PKR bakal menjadi sebuah parti “anak-beranak” sekiranya anak sulung kepada Anwar dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, menang sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti November depan.

“Jarang kita jumpa parti (di mana) penasihat dia bapa, presidennya mak dan naib presidennya anak,” katanya.

Beliau juga mendakwa tindakan Nurul Izzah, yang sebelum ini dilaporkan memberi sokongan secara terbuka kepada Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, adalah wayang semata-mata.

“Jadi, bila dia (Nurul Izzah) boleh meyakinkan ahli-ahli bahawa dia mempunyai pendirian sendiri, berlainan pandangan daripada bapa dia (Anwar). Kalau dia menang, dia boleh kata bukan kerana mak dia atau bapa dia tapi kerana kebolehan dia sendiri.

“Ini hanya strategi nak memenangkan anak dia dan inilah strategi yang dibuat. Tetapi strategi ini orang nampak, itu yang banyak bergaduh di (peringkat) bawah. Strategi ini hanya nak memenangkan kroni-kroni dia. Jadi bila kroni dia menang, mudah dia melaksanakan apa yang dihajati,” katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa apa yang diamalkan oleh PKR dalam pentadbiran partinya bukannya berasaskan demokrasi sebaliknya autokrasi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan serta penyanyi terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

13 ulasan:

madd berkata...

inilah politik. dalam politik sebarang kemungkinan boleh berlaku. sebaiknya berpolitiklah cara adil dan bersih.

Anak Sabah berkata...

Begitu ke rupanya.

Unknown berkata...

Memang sebeginilah mainan politik, tidak tahu dimana keadilan sebenarnya. Seperti buah Durian dengan Tembikai. Besar mana pun tembikai, kalau lawan durian akan hancur juga tembikai. Begitulah ibarat bagi parti ini. Bertanding sekali mana pun, sekiranya anwar cakap ko tidak layak, memang tetap akan kalah juga.

mandau berkata...

dalam parti sendiri pun ada permainan politik tersendiri. nampaknya maslah dalam PKR semain serius.

Mahsiran berkata...

Politik susah untuk dirancang, menjadi boneka itu sudah pasti untuk ketua mereka.

Leo berkata...

Perbuatan "bias" Anwar sememangnya tidak adil kepada anggota parti yang hendak menawarkan diri. Diharapkan Anwar akan bersikap adil terhadap mereka.

lisa berkata...

This just show how injustice Anwar could be if his party happens to win the election.Think twice before voting.

Tanpa Nama berkata...

macam mana sekalipun mereka berusaha menyembunyikan keburukan mereka, tetap akan terdedah juga akhirnya. biarlah PKR sahaja yang menyelesaikan masalah mereka.

mantra berkata...

kepimpinan PKR yang tidak adil telah menimbulkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak dalam PKR. ini teleh menimbulkan kekecohan. PKR harus adil.

samm berkata...

dalam pemilihan sepatutnya persaingan perlu adil.

amy berkata...

Sudah tentu semakin buruk keadaan negara jika 1 keluarga bahagia ini yang akan memerintah. Namun, adakah benar dakwaan ini? Atau salah satu cara untuk memburukkan pihak pembangkang?

kb girl berkata...

Pemimpin yang baik berdiri teguh atas pendirian. Tidak berganjak dari mana-mana pihak.

Unknown berkata...

Sepatutnya calon restu Anwar lah yang jadi boneka Anwar.
Kalau bukan restu Anwar, dia boneka siapa?