HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 September 2010

PKNS Sertai Forum Bakal Bawa Pelabur


TV SELANGOR

KUALA LUMPUR : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), cabang pelaburan negeri Selangor, sudah bersedia sepenuhnya untuk menarik pelabur dari seberang laut dengan mengambil bahagian dalam satu forum pelaburan dan kewangan penting minggu depan.

Forum bertajuk "Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia" itu akan diadakan selama dua hari mulai Isnin dan dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 wakil dari seluruh dunia.

Forum anjuran International Herald Tribune dan London Speakers Bureau itu bakal menyaksikan pemimpin korporat tersohor seperti Sir Richard Branson, Mary Buffet, Dr Anil Gupta, Dr Zainal Aznam dan banyak lagi.

"Kami berharap melalui forum yang akan diadakan minggu depan ini, kami akan berpeluang membina dan memperkukuh hubungan dengan pelabur berpotensi," kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

"Kami melihat ini sebagai peluang untuk kami mempamerkan projek kami kepada pelabur dan memberikan peluang bagi pelabur melihat sebahagian daripada projek-projek kami," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara d sini, hari ini.

Memandangkan ini persidangan pertama seumpamanya yang diadakan di Malaysia, katanya, PKNS akan mengambil peluang ini untuk menunjukkan rancangan-rancangan masa depannya dalam negeri Selangor.

Selangor yang mempunyai profil pembangunan harta yang sangat tinggi, juga menawarkan potensi dalam bidang-bidang lain seperti automotif, aeroangkasa, bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan, percutian dan banyak lagi.

Sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengubah imej kumpulan itu, kata Othman, PKNS telah mengenal pasti 16 projek berprofil tinggi bernilai RM10 bilion bagi amanah pelaburan hartanah (REIT)nya.

Enam projek yang disahkan ialah Datum Jelatek di Kuala Lumpur, PJ Elevated City, PJ Sentral Garden City, Bandaraya Sukan Kelana di Petaling Jaya, Taman Sains Selangor 2 di Sepang dan cadangan Bandaraya Penjagaan Kesihatan, katanya.

Beliau berkata 10 projek lain yang akan diputuskan kemudian nanti bagi pelancaran REIT itu termasuklah Menara PKNS di Seksyen 7, Petaling Jaya dan Kompleks PKNS, serta SACC Mall di Shah Alam, dengan nilai bersih tergabung lebih daripada RM270 juta.

Tiada ulasan: